SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Thursday, March 26, 2009

Sesi Pengambaran Untuk Majalah Seni Beladiri

Semalam saya dihubungi oleh editor majalah senibeladiri Cikgu Fuad untuk mengadakan sesi pengambaran tentang Gayang Lima. Setelah dibuat percaturan waktu kami setuju untuk mengadakan sesi itu pada sebelah malam di pejabat SB sendiri. Setibanya saya di pejabat SB Guru Azlan Ghanie ada disana bersama anak buah saya Saudara Husnira. Kami berbincang tentang keadaan semasa dalam dunia senibeladiri. Saya ada ajukan soalan kepada Guru Azlan tentang sebuah persatuan silat yang menghantar surat tunjuk sebab kepada ahlinya yang belajar ilmu senibeladiri lain. Guru Azlan mengiyakannya. Agak musykil saya kenapa ilmu Allah yang begitu luas dibataskan pencariannya oleh persatuan itu.Pernah juga saya terima panggilan talipon dari seorang hamba Allah yang berminat mempelajari Gayang Lima. Namun dalam perbincangan tersebut dia kata takut persatuan silat dimana dia bernaung sekarang akan tahu.Pulak?

Berbalik kepada sesi penggambaran tu, Alhamdulillah semua berjalan lancar dimana gambar gambar teknik pukulan dan lapis pukulan akan dipaparkan dalam majalah Seni Beladiri keluaran akan datang dan seterusnya. Saudara Irwan menjadi subjek untuk pergerakkan Lian dan gambar permainan pukulan dan lapis pukul dilakukan bersama saudara Husnira. Saudara Farid pula memperagakan tengkolok ciptaannya sendiri yang akan dijadikan pakaian rasmi. Kalau nak tau nama tengkolok itu kenalah baca majalah SB nanti.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Guru Azlan Ghanie dan Cikgu Fuad serta semua staf majalah SB. Kepada Guru Dahlan Karim, atas inisiatif dan nasihat Cikgu perkara yang tersebut diatas terhasil juga, Alhamdulillah. Kepada anak anak buah Gayang Lima KL, berlatihlah dengan bersungguh sungguh sebab InsyaAllah kudrat anda semua diperlukan sebagai tenaga pengajar jika kelak ramai lagi peminat silat akan datang untuk mempelajari Gayang Lima.