SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Monday, February 13, 2012

Mesyuarat Persatuan Seni Silat Gayang Lima

Pada 12hb Februari, 2012 satu mesyuarat ahli Persatuan Seni Silat Gayang Lima, Kluang Johor telah diadakan di rumah Guru Haroon Salim di Kg Sri Lukut Bt 28 Kahang, Kluang. Beliau adalah pewaris sah yang telah dinobat sebagai Guru Utama dan Yang DiPertua Seni Silat Gayang Lima aliran Pak Atan Airbatu. Sebagai anak murid yang paling lama berguru dengan Almarhun Ayahanda Pak Atan pemilihan ini meletakkan beliau sebagai ikon dan rujukan didalam kesinambungan Gayang Lima ini.

Mesyuarat dikendalikan oleh saudara Azaar Haroon sebagai setiausaha,yang juga anak kepada Guru Utama. Majlis juga dihadiri oleh saudara Daud selaku bendahari, Cikgu Cham dan Cikgu Mazlan dan juga saudara Fadzil, iaitu salah seorang daripada anak Almarhum Pak Atan.

Didalam mesyuarat itu, pelbagai agenda yang telah dibincangkan bagi menaikkan dan memartabatkan Seni Silat Gayang Lima Susurgalur Pak Atan ke persada senibeladiri, khususnya silat di Tanahair kita.

Dalam pada itu, Guru Mohd Yusof Shah @ Yusof Bai juga telah diangkat sebagai Naib Yang DiPertua Persatuan ini. Pemilihan ahli ahli jawatankuasa juga telah dijalankan dan beberapa jawatan penting didalam persatuan ini telah ditangguhkan pemilihannya untuk dibawa kemesyuarat agung kelak.

Dalam lain lain perkara, majlis jemaah guru yang ada juga telah sebulat suara menyatakan bahawa dakwaan guru buah pukul yang telah menggunakan nama Almarhum Pak Atan sebagai guru mereka hendaklah ditarik balik. Majlis jemaah guru akan mengeluarkan kenyataan hitam putih berkenaan dengan dakwaan ini sekaligus menidakkan tauliah yang diada adakan ini bagi menjaga nama baik PSSGM susurgalur Pak Atan.

Mesyuarat yang bermula dengan bacaan doa ini telah ditangguhkan dan gambar gambar bersama ahli ahli juga diabadikan sebagai kenangan.

Semoga Persatuan Seni Silat Gayang Lima susurgalur Pak Atan Airbatu akan terus menjadi antara yang terbaik. Ameeen.






















1 comment: