SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Sunday, August 15, 2010

Juga Konsep Gayang Lima

Saya tertarik dengan video dibawah ini dimana konsep JKD yang ditunjukkan oleh Sifu Paul Vunak (anak murid mendiang Bruce Lee) sama dengan falsafah Gayang Lima. Dia ada sebut tentang 8 'tools' iaitu senjata kita yang 8. Gaya tamparan tangan yang tidak menggenggam juga adalah salah satu cara serangan silat yang pantas dan menyakitkan (tampar beruang kata Silat Melayu Lok 9). Dalam silat buah pukul ada elemen latah, tapi bukan latah meroyan. Kita tengok bila musuh berada dalam ruang jangka dan membuat intimidasi, kita terus bagi. Tak banyak cakap. Dah bagi baru tanyalah, "apahal"? Kalau malas tanya, pergi aje. Kita sendiri boleh rasa bila situasi itu genting. Sibuk nak mengayat dan berdalih, kita yang kena belasah.

Bila dah belasah dan bergaduh, panjang pulak cerita. Balas membalas, repot merepot, macam macam jadinya. Senang cerita, tawakkal ajelah. Ingat Allah dan sabar sentiasa. Tapi, kalau nak terjadi, jadi juga. Qada dan Qadar. Kenapa...tak percaya? Mesti punya.










Monday, August 9, 2010

Hanya Kerana Allah


Kepada semua pembaca, saya susun sepuluh jari pohon ampun dan maaf zahir batin sekiranya ada silap dan salah dari pihak saya kepada anda semua. Ya Allah, peliharalah iman dan hati kami dari segala perkara dan prasangka yang keji...Amin Ya Robbal 'Alamin.


Islam = Religion = 宗教 = الدين

Islam = Way of life = 生命の方法 = طريقة حياة

Islam = Peace = 平和 = السلام

Islam = Respect = الإحترام

Islam = loving = المحبة

I♥LOVE YOU ALL FOR THE SAKE OF ALLAH ♥


Enjoy the video below :-)

Thursday, August 5, 2010

Buah Pukul Gayang Lima bp#60710





Demo diatas oleh Saudara Akmal dan Saudara Qawi adalah lebih kepada pecahan pukul bagi mereka yang dah lepasi khatam 4 (intermediate). Banyak video2 sebelum ni pun memaparkan teknik serupa. Pendek kata lian perlu mantap gitu. Cuma diatas ada cara pusingan 360 yang menjurus kepada ketangkasan kaki dan timbangan badan yang baik. Setiap pukul ada lapis, dalam lapis ada tunggal, dalam tunggal ada gelut dan dalam gelut kita cari nukir (mata angin). Pukul, lapis pukul, tunggal, gelut dan bergelut gelut dimana penamatnya ialah bila kepala bertemu kepala dalam keadaan seperti bersujud. Begitulah kata Ayahanda Pak Atan, yang tersirat dalam lian dan tersurat dalam nukil.

Sunday, August 1, 2010

Perjumpaan dengan Pertubuhan Gerak Silat Lian

Pada Sabtu 17hb Julai, 2010 saya dan beberapa anak buah Saudara2 Husnira, Irwan, Nasir, Said dan Qawi telah mengadakan lawatan ke gelanggang Silat Gerak Lian pimpinan Guru Nazri b Husin aka Pok Yee di Segambut. Pada hari sebelumnya saya telah maklumkan pada Jurulatih Gerak Lian Segambut Saudara Abot tentang kehadiran kami. Dia tak dapat hadir untuk menyambut kami atas urusan kerja namun katanya Guru Pok Yee ada pada hari tersebut kerana kebetulan Gerak Lian mengadakan kursus untuk jurulatih pada hujung minggu tersebut. Namun dia berikan nombor talipon Saudara Adnan untuk saya hubungi.


Bila kami tiba awal dalam pukul 10 lebih, kurusus masih lagi dijalankan. Untuk tidak mengganggu majlis saya mengajak anak2 buah untuk beredar ke kawasan rekreasi di taman di mana saya tinggal lebihkurang 2 kilometer dari situ. Disana, sempatlah mereka bermain lian dan beberapa cara buah pukul.

Selepas pukul 11 malam kami pergi semula ke gelanggang GL Segambut dan disambut dengan mesra oleh 'taiko'2 GL termasuk Guru Nazri. Kami pun bersembanglah tentang perkembangan permainan masing masing dan saya pun memang mengikuti perkembangan Gerak Lian yang pesat di Pahang dan Kuala Lumpur.



Pada satu ketika saya ada suarakan pada Pok Yee "kami datang ni ingat nak tengok beberapa cara permainan GL", dengan spontan Pok Yee jawab "eee...tak boleh...tak boleh" sebelum sempat saya habiskan bicara "dapat kita orang curi buah sikit"...semua yang hadir ketawa...saya pun seloroh cakap dengan anak2 buah "kan...saya dah agak, Pok Yee kemutla"...(gambar atas)



Selepas itu kami pun mengadakan sesi bergambar kenangan dengan Pok Yee dan semua jurulatih GL yang hadir sebelum beredar ke restoran mamak yang berdekatan untuk minum. Banyak juga isu tentang perkembangan buah pukul yang disembangkan. Bila kami nak bayar untuk beredar aje mamak tu kata dah bayar. Rupanya Abang Dolah (rokok kat mulut) dah belanja sebelum dia beredar pada awalnya. Terima kasih Abang Dolah moga Allah berkati hidup abang, dan kita semua. Ameen.



















Akhirkata, sambutlah salam silaturrahim dan terima kasih dari kami ahli2 Gayang Lima cawangan Taman Permata, KL kepada Guru Pok Yee, Saudara Abot, Saudara Din, Abang Dolah, Saudara Nan, Saudara Basir dan lain2 jurulatih Gerak Lian atas layanan mesra pihak tuan kepada kami.

Dibawah ini saya sajikan video ketangkasan Pok Yee yang dirakamkan oleh Pertubuhan Gerak Silat Lian.