SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Friday, October 23, 2009

Buah Pukul Series : bp#30909

salam from gayang lima blog,

Update: Heres more new vid clip from our Buah Pukul Series.






(sorry for the low quality vid. will try to source out better cam in the future.)

Starts out with a double hand attack by both opponent. this is a classic buah pukul initial attack.lapis is done with backward movement from wan. this is "gayang kebelakang" or backward gayang.as the attack from hus advances,wan move backward and stopped the chain of attack by tarik lian to the left.this actually limited hus's langkah by half.if hus still advances, he will be too close to wan and may change the momentum of the langkah.
Hus reacts to the tarik lian by wan with a right punch and he also masuk lian to his right.this parallel position by both opponent level up the chances of any attacks.as Wan stomp to the knee kick deflected by hus,he regain balance by a lead punch as he retract his deflected leg to the back.hus used the punch for a takedown technique.as this happens in less than a second, we can see that a simple shift of weight can spell the end.
-----------------------------------------------------------------------
Bermula dengan serangan tangan serentak. ini adalah antara serangan yg sinonim dengan buah pukul. wan melapis dengan pergerakkan ke belakang atau di dikenali sebagai gayang kebelakang. seraya hus melangkah kehadapan menyerang, wan memutuskan rentak serangan itu dengan tarik lian ke kiri.jika hus terus meyerang dengan melangkah kehadapan ini bererti hus akan berada terlalu dekat dan merbahaya kepada serangan rapat seperti sikuan.hus masuk lian kekanan dan ini meneutralkan kedudukan masing2.
Apabila serangan kaki wan ke lutut hus di tepis, wan mencari keseimbangan dengan menarik kaki tendangan itu kebelakang,dan bagi memastikan serangan diteruskan,wan menumbuk . Tumbukan wan ini digunakan oleh hus untuk menumbangkannya.oleh kerana pergerakkan ini berlaku dalam masa kurang sesaat, kita dapat lihat sebarang perubahan keseimbangan badan boleh mendatangkan kekalahan.

Sunday, October 11, 2009

Buah Pukul Series: bp#20909

salam from gayang lima blog,

Update: Heres more new vid clip from our Buah Pukul Series.



bp#20909






Wan attacks with a direct punch to the solar
plexes.the punch then parried by hus and
followed by a elbow to the ribs.the elbow
attack is a signiture move for extreme close
combat.wan defends with lapis luar and
moving his stance on the outside of hus.this
position will give wan more opportunity for
vital organ attacks.reacting to the shift of
stance and the punch/palm to the side of the
head, hus also shifts his stance for
protection and doing so with lapis dalam
parry of the punch/palm attack.the shifted
stance of hus gives wan better opening for a
finishing elbow and takedown with a heel
press to the back of the knee.he uses lapis
dalam on hus's punch as he can secure that
hand as he executes the finishing blow.
Lapis...
with a simple elbow uppercut and perfect
timing,wan finishing move can be use against
him.as wan walks in to the elbow, the impact
multiplies.lights out!

---------------------------------------------------------------

Wan menyerang dengan tumbukan lurus ke ulu
hati.hus melapis serangan itu dengan
serangan balas siku ke rusuk wan.serangan
seumpama ini adalah indikasi kepada serangan
tempur rapat.wan melapis dengan lapis luar
dan beralih posisi kebahagian luar
hus.posisi ini memberilebih banyak peluang
untuk serangan ke organ penting.bertindak
balsa terhadap perubahan posisi wan serta
serangannya, hus juga beralih bagi
melindungi sasaran.hus melapis seranagan wan
dengan lapis dalam serangan wan.peralihan
posisi hus memberi bukaan peluang bagi
serangan penamat siku ke muka dan jatuhan
kepada wan. jatuhan dilakukan dengan
hentakan tumit ke belakang lutut
hus.serangan hus dilapis dengan lapis dalam
agar wan dapat memaut tangan serangan itu
dari melancarkan serangan lain.
Lapis...
dengan pergerakan semudah serangan siku ke
muka wan, dapat mematahkan serangan penamat
tersebut.dengan menggunakan pemasaan yang
tepat dan pergerakan kehadapan wan, impak
sikuan itu menjadi berganda dan sudah cukup
untuk menjatuhkan beliau.

Thursday, October 8, 2009

Buah Pukul Series: bp#10909

salam from gayang lima blog,

Heres some new vid clips from our Buah Pukul Series.

bp#10909


(pls view in HQ if the clip cannot start)

Nz attacks with a punch to the solar plexes,farid then reacts with lapis luar and counter left punch to the face.nz parried the punch with tekan dalam and punching back with his right hand to farid's chest.farid lapis this with lapis dalam and a right punch to the face but immediately counterd by nz with tekan luar and a right punch to the face.
Farid parried the punch with lapis dalam followed with double hand attack to nz chest.
Using the force of the foward movement of farid, nz swept the front foot for the takedown with added push and parry (lapis luar) of the hand attack.with farid on the ground, nz finished it off with a fatal blow to the neck.

Stay tuned for more of our Buah Pukul Series.

Monday, October 5, 2009

Gayang Lima seminar Clips at Semerah Studio, Shah Alam

Salam to all,

Below are the clips from our first seminar held at Semerah Studio in Shah Alam in August 2009. Thank you to all participants and G5 members for their cooperations and help.

Enjoy...



Lapis Pukul


Tunggal dan Lapis Tunggal


Weapon Techniques - Knife

Thursday, October 1, 2009

Pengumuman aktiviti Oktober 2009

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua,

Pengumuman:

1. Sessi pengenalan dan pengambilan ahli baru Seni Silat Gayang 5
sessi Oktober 2009 (Shah Alam)

Tarikh: 2.10.2009 (jumaat)
Waktu: 8.45 malam
Tempat: studio semerah
Alamat:
01-05-03
worldwide @ 7 business park,
jalan lazuardi 7/29
sek.7, shah alam,
*jamuan ringan
*tiada had umur
*maklumkan kehadiran tuan/puan
secepat mungkin.
hubungi: Farid (013-205 2413)


2 .Seminar Percuma Persilatan Setiabakti

Modul:
pukulan buah Melaka, parang tangan kosong
selengan dan tembung buluh runcing.

tarikh: 4.10.2009
hari:ahad
masa 9.00 pagi hingga 1.00 petang
tempat:gelanggang pusat setiabakti, taman permata,KL
hubungi : cikgu hamidi (016-2183154)

Tuesday, August 18, 2009

Artikel Gayang Lima 1989

Artikel mengenai Gayang Lima dipetik dari majalah pendekar edisi Mei 1989.





Sunday, August 16, 2009

Studio Semerah @ Shah Alam


Salam Gayang Lima,

Kini Gayang Lima turut berada di Shah Alam, Selangor.
Bertempat di Studio Semerah, Seksyen 7 (berhampiran Shell sek.7)
Bagi yang berminat untuk mempelajari Seni SilatGayang Lima,
Berikut adalah alamat Studio Semerah:

01-05-03, Worldwide@7 Business Centre, Jalan Lazuardi 7/29,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

untuk maklumat lanjut sila hubungi:
013 2052 413 (FARID)

Terima Kasih.

-------------------------
Salam Gayang Lima,

Now Gayang Lima training class is available in Shah Alam, Selangor.
Hosted by Semerah Studio at Section 7 Shah Alam (Near Shell station)
To those who are interested in learning Silat Gayang Lima,
below is the address of Semerah Studio:

01-05-03, Worldwide@7 Business Centre, Jalan Lazuardi 7/29,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

please contact the number shown below for any inquiry:
013 2052 413 (FARID)

Thank You.

Tuesday, August 11, 2009

PREVIEW GAYANG LIMA SHAH ALAM

Majlis Pengenalan Kelab Dan Silaturrahim 2009

TARIKH: 16 OGOS 2009 (AHAD)

MASA: 2.00 petang

ALAMAT: 01-05-03, Worldwide@7 Business Centre, Jalan Lazuardi 7/29,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


ATURCARA MAJLIS


2.00 pm: - Ketibaan para hadirin dan jemputan


2.30 pm: - Ucapan aluan daripada Yang Berbahagia
Tuan Guru Tengku Musa Bin Tengku Abdul Jalil
- Tari sembah hormat Gayang Lima


2 .45pm: Sesi pertama
- Pengenalan buah pukul dan Gayang Lima
- Sejarah dan falsafah Gayang Lima


3.30 pm: Sesi kedua
- Amali dan praktikal
- Pengenalan kepada lian
- Lapis pukul
- Teknik ringkas bela diri tangan kosong


4.30 pm: Penutup
- Jamuan ringan
- Majlis bersurai

Promosi harga istimewa VCD Gayang Lima pada hari preview.
Preview produk Gayang Lima : orang kayu G5 , minyak urut dan cenderahati.

KEPADA YG BERMINAT UNTUK HADIR, SILA SMS NAMA ANDA (SEBELUM 15 OGOS) KE
013 2052 413 (FARID) ATAU
012 6438 133 (HUS)
SEBARANG PERTANYAAN ANDA BOLEH HUBUNGI NOMBOR DIATAS.
SEKIAN.
TERIMA KASIH

Tuesday, June 9, 2009

Teknik pecahan pukul dan lapis pukul



Setelah lama tidak mengemaskini laman blog ini saya sajikan teknik pukul dan lapis pukul Gayang Lima seperti diatas. Banyak komen dalam chatbox yang diterima dibawah. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi pandangan dan buah fikiran. Nilaian komen samada baik atau tidak hanya terpulang kepada mereka yang memberi dan membaca untuk tentukan. Dalam kita memberi pandangan dan komen, orang boleh menilai tahap ilmu yang kita ada, kalau budak budak yang bercakap, kita taulah yang dia tu mentah. Orang yang tinggi ilmunya sentiasa merendah diri dan tidak mendabik dada seolah olah dia atau guru dia yang paling 'terror' dalam dunia. Banyak yang lebih 'sudu dari kuah', guru dia tak kisah apa tapi dia yang 'over'. Ayuh, biar 'gentleman' sikit kalau betul nak komen. Nyatakan siapa kita agar boleh sama sama kita saling berkenalan.

Pada hari Selasa 2hb Jun, 2009 lepas, gelanggang Gayang Lima diatas pentas Silat Setiabakti diTaman Permata telah dikunjungi oleh 4 perguruan, Persatuan Gerak Silat Lian Malaysia yang diwakili oleh Cikgu Abot (En Ahmad Nasarudin) dan Cikgu Abdullah beserta pelatih mereka, Persatuan Yip Kin Wing Chun yang diwakili oleh Master Kahar, Persatuan Seni Silat Gayang Lima susurgalur Pak Raja Ali yang diwakili oleh Cikgu Sudirman serta anak anak buahnya dan beberapa pelatih dari Perguruan Lian Padukan. Kunjungan itu adalah atas intiatif Cikgu Abot dimana dia juga menyampaikan salam dari Guru Utama Pok Yee kepada saya. Wa'alaikumsalam wbt. Cenderahati berupa baju T rasmi PSGLM juga diberikan. Terima kasih saya ucapkan. Beberapa keping gambar juga telah diambil dan saya akan 'uploadkan' bila sudah terima nanti.

Inilah Silat turrohim dalam dunia persilatan dimana kita wajib saling hormat menghormati sesama kita. Hakikatnya, kita tahu bahawa ilmu yang kita ada 'ciput' aje. Tak usahlah nak mendabik dabik dada. Akhirnya, kita akan ditanya olehNya, apa yang telah kita buat dengan ilmu yang ada. Sebelum kita 'pergi', sampaikanlah ilmu ini kepada yang berhak. Inilah sahaja yang boleh kita sumbangkan kepada Agama, Bangsa dan Tanahair. Semoga Allah redha. Ameeeen !

Thursday, April 16, 2009

Teknik Pukul dan Lapis Pukul



Didalam Lian terselit 1001 macam rahsia buah pukul. Lian itu nampak mudah dan ringkas pergerakannya. Kita lihat orang berjalan, berdiri atau duduk dengan cara yang semulajadi dan mudah. Dengan kesempurnaan sifat yang Allah jadikan terselit pelbagai gerak kasar dan halus yang sesuai dengan fitrah kejadian insan itu sendiri. Namun, rahsia Lian itu yang perlu diterjemahkan agar efektif dan sesuai dengan pergerakan dan senjata 8 yang ada pada diri kita iaitu 2 tangan 2 kaki 2 siku dan 2 lutut. Ia jadi efektif dengan latihan yang banyak dan tertib hasil dari akal yang sempurna dan hati yang terang dan tenang. Hakikat semua itu hanyalah dengan kehendak dan izin Allah semata mata. Wallahua'lam.