Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi
Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi
Thursday, December 2, 2010
Asimilasi Dalam Silat
Selalu bila orang tengok tarian silat ni macam macam gaya. Memang kaya budaya kita. Lian buah pukul pulak kalau dulu dulu memang orang tak main depan pengantin. Nampak kurang ajar gitu dengan tangan bergenggam sambil bertumbuk dan bersiku tendang sambil membelakangkan pengantin. Lagipun, buah pukul rahsia. Adab bersilat memang halus. Tunjuk bunga aje tapi buah pukul sembunyi. Tapi sekarang dunia takde sempadan, dalam internet boleh tengok apa saja beladiri yang ada. Masyarakat kita pun dah boleh terima permainan lian depan pengantin sebagai satu norma, dari tak ada.
Dalam tarian silat yang dibuat memang terselit berbagai hikmah pukulan zahir batin. Orang yang banyak belajar berbagai perguruan akan rasa selesa untuk buat asimilasi atau menggabungkan bunga bunga tarian dari 2 atau lebih perguruan dalam satu persembahan.
Dibawah ni ada contoh gabungan lian dalam tarian silat pengantin. Ada juga tarian pulut silat lain (dalam satu video) dipersembahkan.
Sunday, November 7, 2010
Malaysia All Styles Martial Arts Showcase
Kepada mereka yang berminat untuk belajar buah pukul boleh hubungi pihak kami samada untuk belajar secara berkala atau intensif. Jangan malu kalau mahu.
(TM @ 1:09)
(2 minit terakhir persembahan)
(video ikhsan penganjur - TheStealthOrg)
Monday, October 11, 2010
Bila badan tak seimbang
Selalunya, jika berdepan dengan lawan yang selalu gunakan kaki, pengamal buah pukul akan 'masuk' dan bermain dekat tanpa biarkan lawan menjarakkan diri untuk menendang. Pun begitu, kena yakin dan berhati hatilah. Siapa cepat, dia dapat.
Wednesday, September 29, 2010
Menyusuri darah diraja Awang Daik:Satu Kupasan
Sewaktu melihat gambar-gambar yang ada dalam PC, saya mula mengelamun apabila terpandang gambar-gambar Almarhum Guru Awang Daik, pioneer di dalam permainan Buah Pukul. Saya bertafakur sebentar dan melihat dari pandangan bathin,melihat kejayaan seorang tokoh seperti almarhum yang berjaya membawa permainan Buah Pukul ini tersebar masyhur dengan megah di rantau kita. Mana-mana perguruan buah pukul yang mendakwa permainan beliau adalah benar, pasti akan menyebut susur galur warisan permainan ini sehingga ke Almarhum Awang Daik ataupun Pak Long Md Yassin. Khusus didalam Gayang Lima Aliran Pak Atan Air Batu, susur galur ini akan sampai kepada Almarhum Awang daik melalui Pak Teh Md Yassin,yang jika dikira dari sudut generasi, maka Pak Atan merupakan pewaris generasi ke dua selepas Almarhum Awang Daik. Ini secara pasti meletakkan Aliran Pak Atan sebagai aliran yang masih mengekalkan permainan yang sebenar dan tertib,tanpa perubahan yang besar. bertuah rasanya andai dapat bertemu dengan tokoh besar ini yang sememangnya masyhur di Tanah Melayu ini.
Gayang Lima Kuala Lumpur membuat lawatan muhibbah di Nilai pada 3 bulan yang lalu, menemui keturunan asal Awang Daik yang bernama Haiqal atau akil. Saya mendapat maklumat mengenai beliau apabila beliau menghubungi saya berkaitan sejarah permainan buah pukul. Terlangsung berhubung, terpaut ukhuwwah, kami merancang untuk bertemu beliau di Nilai. Salasilah beliau : Aqil bin Abu Kassim bin Muhammad bin Mejar Aqil bin Awang Daik bin Ali. Beliau merupakan keturunan bersusur galur dari Mejar Aqil, Salah seorang anakanda Awang Daik yang berjawatan tinggi Dalam Johor
Military Forces. Merupakan salah seorang pengkaji sejarah terutama berkaitan susur galur keturunan beliau.Beliau juga mempunyai susur galur keturunan diraja selangor. Secara khusus,apabila dilihat dari jurai keturunan awang Daik,saya meyakini beliau sangat kuat dengan keturunan raja-raja bugis, apalagi saya meyakini jua bahawa beliau bersusur galur Yamtuan Muda Riau yang titisan darahnya bertemu dengan Daeing Merewah, salah seorang dari Daeing 5 Bersaudara.,Ingin saya menceritakan Nukil riwayat Almarhum awang Daik secara ringkas yang bersumber dari kajian saya sendiri, maklumat dari waris keluarga almarhum awang Daik dan orang-orang lama di Mersing. 
Awang ( jika dilihat nama samaran dalam versi pertama, ada persamaan iaitu Sheikh Mohd Said bin Sheikh Ali. Berkemungkinan perkataan Syeikh ditambah kerana Almarhum Awang Daik juga merupakan ahli besar sufi tariqat Naqsyabandiyyah-merujuk hasil kajian En. Aqil bin Abu Kassim. Perlu saya tekankan disini bahawa Keluarga Yamtuan Muda Riau pada masa itu merupakan pelindung dan payung Tariqat Naqsyabandiyyah, sehingga salah seorang dari Yamtuan Muda Riau telah mencapai tahap Khalifah Tariqat dan berpangkat Auliya' besar iaitu Paduka Sri Raja Haji 'Abdu'llah ibni al-Marhum Sultan Ja'afar 'Ala ud-din Shah, Yamtuan Muda ke 9 (1857-1858) yang telah menggantikan Paduka Sri Raja 'Ali "Alaud-din).Setelah meneliti dua versi ini, dipercayai versi kedua agak terhampir memandangkan beberapa perkara :
1. Beliau telah menjadi anak angkat kepada Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah(rujuk versi pertama).Persoalan yang timbul; apakah kelebihan keluarga immigran Cina Kwantung yang berhijrah ke Daik sehingga menjadi anak angkat Baginda Sultan? Perlu difahami,bahawa golongan immigran cina yang berselerak di Nusantara pada waktu itu, merupakan golongan kelas pertengahan dan bawahan sebagai peniaga,pelombong,peladang,pelaut,buruh kasar dan tidak kurang juga sebagai pengawal upahan. Adalah menjadi satu perkara yang janggal apabila Sultan yang merupakan Kepala Jajahan Takluk Riau-Lingga mengambil beliau sebagai anak angkat baginda. Jikalau ada golongan immigran Cina yang rapat dengan pemerintahan monarki melayu pada waktu itu, ia hanyalah golongan hartawan perniagaan dan perlombongan,kepala kapitan cina dan kongsi gelap serta pegawai suruhan penjajah Belanda. Tetapi, tidak ada sebarang bukti dan penjelasan pasti, berkaitan ayah Awang Daik sebagai orang kanan diraja atau pendatang cina yang terkenal.
2. Sekiranya kita menerima bahawa Almarhum Awang Daik adalah anakanda Yamtuan Muda Raja 'Ali II, keakraban yang berlaku diantara Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah dan Beliau tidak perlu diragui, memandangkan Sultan Mahmud IV adalah Sultan Riau-Lingga pada zaman Yamtuan Muda Raja 'Ali II (Malah, selepas Yamtuan Muda Raja 'Ali dilantik belanda pada 26 Jun 1844, Baginda telah dimasyhurkan oleh Sultan Mahmud IV Muzafar Syah sendiri sebagai Yamtuan Muda pada 20 Julai 1845). Sudah menjadi adat kebiasaan Raja-raja Melayu dahulu kala untuk mengambil anak angkat dari golongan diraja dan bangsawan. Untuk kes Kerajaan Liau Lingga, perlu difahami bahawa keakraban ini memang jelas kerana kebanyakan keturunan Yamtuan Muda memang banyak berkahwin dengan kerabat diraja Johor-Riau-Lingga. Sudah tentu untuk kes Almarhum Awang Daik, beliau sangat rapat dengan kerabat diraja sejak zaman Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah sehinggalah kepada zaman kegemilangan Johor dibawah tampuk pemerintahan Sultan Sir Maharaja Abu Bakar dan anakandanya YTM Paduka Sri sultan Sir Ibrahim Johor Al Masyhur. Setiap pengawasan,keprihatinan,penjagaan,penganugerahan pangkat serta jawatan yang tinggi didalam kerajaan Johor membuktikan beliau bukan seorang anak immigran Cina atau Orang Biasa, Sebaliknya beliau sudah tentu mempunyai darah kekerabatan Diraja Johor-Riau-Lingga.
3. Terdapat penekanan dari Keturunan awang Daik (Rujukan: Khatijah binti abu Bakar bin awang Daik dan En. Aqil bin Abu Kassim) bahawa Almarhum awang Daik berketurunan darah diraja, dan mereka tidak bersetuju dengan versi yang pertama. Ini dikukuhkan dengan tahun kelahiran Almarhum Awang Daik iaitu pada tahun 1839,sewaktu Baginda Yamtuan Muda Raja 'Ali II masih hidup. Kita juga boleh merujuk perkahwinan antara Almarhum Awang Daik dengan Daeng aminah Daeng Dolok yang mana Daeng Aminah ini adalah anak angkat baginda Sultan Mahmud IV. Perkahwinan ini menjadi bukti keakraban anak beranak jurai kerabat diraja, apalagi Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah telah berada di Singapura sejak 1857 hingga 1861, sudah tentu berlaku pesan memesan antara kerabat, terutama kepada kerabat sultan Ali bin Sultan Hussein (kerana sultan Mahmud IV telah berkahwin dengan Tengku Ampuan Tengku Maimunah,yang merupakan cucu Sultan Hussein) untuk menjaga kebajikan Awang Daik sebagai anak-anak raja selepas beliau berhijrah ke Singapura pada tahun 1882
.
Pada tahun 1882, beliau telah berpindah ke Kampung Gelam(Kampung Gelam adalah kawasan kerabat diraja Sultan Ali bin Sultan Hussein) dari Daik kerana tidak menyukai pemerintahan penjajah Belanda. Pada Tahun 1884, Awang Daik telah bekerja sebagai Kerani Pejabat Kerajaan Johor. Pada tahun 1888, beliau telah menjadi inspektor polis di Muar(Dipercayai pada masa ini beliau akrab dengan Pak Long Md Yassin). Pada Tahun 1906, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Endau. Seterusnya, pada tahun 1915 menjadi pesuruhjaya dan Hakim daerah Mersing sehinggalah bersara pada tahun 1920. Pada tahun 1933, Awang Daik telah meninggalkan dunia dan disemadikan di perkuburan At Tahiriyyah Mersing. satu kisah menarik yang berlaku selepas pemergian Almarhum dimana Sultan Sir Ibrahim Johor ketika itu Murka kepada Muhammad bin Mejar Aqil sehingga menurunkan jawatan beliau dari Mejar kerana tidak memaklumkan kematian AlMarhum Awang Daik. Sememangnya hubungan akrab antara Baginda Sultan Sir Ibrahim dan Almarhum Awang Daik tidak perlu disebutkan lagi, bahkan Baginda sendiri berkenan untuk mempelajari permainan buah pukul ini dari Awang Daik,sehingga diceritakan baginda bermain di atas meja dek kerana Daulat baginda.
Sunday, September 12, 2010
Identiti Gayang Lima

Assalamu'alaikum dan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung dan peminat Gayang Lima susurgalur Pak Atan. Pada tanggal 2 Syawal lepas saya ada bersembang dengan Cikgu Sham Kelab Melayu, Cikgu Mazlan @ Mastaring dan Saudara Abot. Kami sama sama mengucapkan syukur kerana dapat belajar buah pukul dari seorang guru yang tersohor.
Masih lagi kami ingat diperingkat permulaan belajar, Pak Atan memperkenalkan Lian 90 darjah yang sebelum itu tidak ditunjukkan hatta kepada anak anak muridnya yang lama pun. Memang sebelum belajar dengan Ayahanda, lian buah pukul yang saya lihat semua 45 darjah. Selepas majlis khatam Lian 4 kami, ada beberapa orang anak anak murid lamanya yang pertikaikan Lian 90 tu. Mereka kata Pak Atan dah ubah permainan lian ni, tak asli lagi. Kami dengar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri dan teruskan pembelajaran.
Kami kerap berulang alik ke rumah Ayahanda untuk menimba ilmu dan beliau huraikan dan beri petua permainan buah pukul yang membezakan permainannya dengan yang lain. Maksudnya, identiti Gayang Lima susurgalur Ayahanda Pak Atan ada kelainan dari segi seni dan huraian pecah pukulnya (nukir). Kerap juga saya diajukan soalan, sama tak Gayang Lima ni dengan yang lain tu. Kata Pak Atan, asal kena itulah pukul. Falsafahnya sama, terpulang kepada yang bertanya untuk nilaikan sendiri cara dan perlaksanaan buah pukul tersebut melalui video atau media lain yang banyak dipaparkan dewasa ni.
Saya diberitahu, diperingkat sekolah menengah di Kluang tu ada ramai penuntut yang belajar Gayang Lima ni dan dijemput buat persembahan dan pertandingan sana sini dibawah kendalian seorang Ustaz. Banyak juga video video yang diambil. Saya galakkan Saudara Abot untuk buka blog dan masukkan adegan adegan persembahan mereka didalamnya. InsyaAllah kita akan dapat lihat identiti Gayang Lima susugalur Pak Atan dari pecahan pukul dan lapisnya. Bak kata orang, sekilas ikan di air, kita tahu jantan atau betina. Bagaimana petua guru, begitulah laksana muridnya.
Sunday, September 5, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Sunday, August 15, 2010
Juga Konsep Gayang Lima
Saya tertarik dengan video dibawah ini dimana konsep JKD yang ditunjukkan oleh Sifu Paul Vunak (anak murid mendiang Bruce Lee) sama dengan falsafah Gayang Lima. Dia ada sebut tentang 8 'tools' iaitu senjata kita yang 8. Gaya tamparan tangan yang tidak menggenggam juga adalah salah satu cara serangan silat yang pantas dan menyakitkan (tampar beruang kata Silat Melayu Lok 9). Dalam silat buah pukul ada elemen latah, tapi bukan latah meroyan. Kita tengok bila musuh berada dalam ruang jangka dan membuat intimidasi, kita terus bagi. Tak banyak cakap. Dah bagi baru tanyalah, "apahal"? Kalau malas tanya, pergi aje. Kita sendiri boleh rasa bila situasi itu genting. Sibuk nak mengayat dan berdalih, kita yang kena belasah.Bila dah belasah dan bergaduh, panjang pulak cerita. Balas membalas, repot merepot, macam macam jadinya. Senang cerita, tawakkal ajelah. Ingat Allah dan sabar sentiasa. Tapi, kalau nak terjadi, jadi juga. Qada dan Qadar. Kenapa...tak percaya? Mesti punya.
Monday, August 9, 2010
Hanya Kerana Allah

Kepada semua pembaca, saya susun sepuluh jari pohon ampun dan maaf zahir batin sekiranya ada silap dan salah dari pihak saya kepada anda semua. Ya Allah, peliharalah iman dan hati kami dari segala perkara dan prasangka yang keji...Amin Ya Robbal 'Alamin.Islam = Religion = 宗教 = الدين
Islam = Way of life = 生命の方法 = طريقة حياة
Islam = Peace = 平和 = السلام
Islam = Respect = الإحترام
Islam = loving = المحبة
I♥LOVE YOU ALL FOR THE SAKE OF ALLAH ♥
Enjoy the video below :-)
Thursday, August 5, 2010
Buah Pukul Gayang Lima bp#60710
Demo diatas oleh Saudara Akmal dan Saudara Qawi adalah lebih kepada pecahan pukul bagi mereka yang dah lepasi khatam 4 (intermediate). Banyak video2 sebelum ni pun memaparkan teknik serupa. Pendek kata lian perlu mantap gitu. Cuma diatas ada cara pusingan 360 yang menjurus kepada ketangkasan kaki dan timbangan badan yang baik. Setiap pukul ada lapis, dalam lapis ada tunggal, dalam tunggal ada gelut dan dalam gelut kita cari nukir (mata angin). Pukul, lapis pukul, tunggal, gelut dan bergelut gelut dimana penamatnya ialah bila kepala bertemu kepala dalam keadaan seperti bersujud. Begitulah kata Ayahanda Pak Atan, yang tersirat dalam lian dan tersurat dalam nukil.




