SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Friday, September 28, 2012

Gambar Kenangan - Al Fatihah

Abdul Rahman Awang Chik (Chu Aman) duduk No. 4 dari kiri bersama murid murid beliau.
Abdul Rahman Majid (Pak Atan Air Batu) duduk di lantai sebelah kanan.

p/s bagi sesiapa yang mengenali tokoh tokoh yang lain di sini boleh hubungi Dr TM untuk kemaskini.

Tuesday, August 28, 2012

Salam Merdeka 55


Akademi Gayang Lima mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke55 kepada semua.









Tuesday, August 21, 2012

Teknik Gayang Lima - 2

Lian buah pukul merangkumi pukulan keliling 360 darjah. Ia bukan hanya sekadar berdepan dengan musuh dan buat pukulan gulung macam keretapi, kedepan dan kebelakang. Bila berdepan dengan orang yang bukan ahli bolehlah begitu. Bagaimana jika musuh kita seorang ahli silat dan buah pukul yang tahu gunakan unsur unsur gelek dan elak serta elat. Atau musuh kita ramai dan berdiri keliling.

Dalam Gayang Lima, penekanan terhadap pukulan tunggal, pukul lapis pukul, gelek, melangkah dan elak amat dititikberatkan. Dibawah ini ditunjukkan bagaimana permainan siku dalam Gayang Lima boleh dilapis dan pukul dengan elemen gelek yang tersedia ada pada Lian. Tidak ketinggalan juga, sapuan yang boleh dilakukan bersempena dengan langkah Lian yang kita buat. Selamat mencuba. 



klik untuk video

Thursday, July 19, 2012


SELAMAT BERIBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.
SEMOGA ALLAH TERIMA SEGALA AMALAN KITA...AMEEEN

Monday, May 21, 2012

Penuntut dari Itali

Dari 7 hingga 11hb Mei 2012, Matteo Lazzari dari Milan, Itali telah mengambil kursus intensif Gayang Lima selama 15 jam. Dia adalah salah seorang ahli Bono Academy disana yang giat mengamalkan pelbagai jenis seni beladiri seperti Kuntao, Silat Serak, Jeet Kune Do dan juga Kali. Dalam akademi itu pula mereka ada sekumpulan pengamal yang berlatih khusus untuk silat dan buah pukul sahaja.

Pada pertemuan pertama tiga hari sebelum memulakan kursus, kami berbincang tentang silat dan dia menunjukkan minat yang amat mendalam kepada permainan buah pukul. Sebelum datang ke Malaysia, dia berhasrat untuk belajar di negara jiran. Gurunya di sana mengesyorkan agar dia datang ke sini dan belajar Gayang Lima. Mengikut katanya, Gayang Lima menjadi perhatian dan menarik minat ramai pengamal beladiri di luar negara (Alhamdulillah). Selalunya mereka akan mainkan permainan Gayang Lima di Youtube dan cuba untuk aplikasi gaya buah pukulnya sesama mereka.

Bila sampai di Malaysia dan dapat berinteraksi dan bermain dengan pengamal pengamal Gayang Lima yang dia tonton dalam Youtube, dia zahirkan rasa teruja seolah tak percaya. Dia juga mendapat sambutan mesra serta galakkan yang baik dari rakan rakan seperguruan di sini. Ada juga seorang rakan mengusiknya, "Matteo, you know what your name means in Malay? It means mati o". Yang lain lain pun gelak lah. Bila saya terangkan pada dia keesokan harinya baru dia faham dan kata patutla diaorang ketawa semalam. Dia seorang yang bersikap terbuka dan sangat menghormati ilmu serta guru. Maaf cakap, orang orang kita sendiri tak ramai macam tu.

Pada akhir sesi kursus, Matteo menyatakan rasa terharu serta sedih untuk meninggalkan gelanggang. Katanya, "This is the best experience of my life". Kalau kita amati apa yang tersirat pada kata katanya, dia memang seorang pengamal seni beladiri yang amat komited dan dahagakan ilmu. Sesuai dengan apa yang ditulis dan dituturkan oleh Pendita Profesor Dr Azlan Ghanie kepada dia, "semoga anda temui yang Haq"...Ameeen.


Monday, February 13, 2012

Mesyuarat Persatuan Seni Silat Gayang Lima

Pada 12hb Februari, 2012 satu mesyuarat ahli Persatuan Seni Silat Gayang Lima, Kluang Johor telah diadakan di rumah Guru Haroon Salim di Kg Sri Lukut Bt 28 Kahang, Kluang. Beliau adalah pewaris sah yang telah dinobat sebagai Guru Utama dan Yang DiPertua Seni Silat Gayang Lima aliran Pak Atan Airbatu. Sebagai anak murid yang paling lama berguru dengan Almarhun Ayahanda Pak Atan pemilihan ini meletakkan beliau sebagai ikon dan rujukan didalam kesinambungan Gayang Lima ini.

Mesyuarat dikendalikan oleh saudara Azaar Haroon sebagai setiausaha,yang juga anak kepada Guru Utama. Majlis juga dihadiri oleh saudara Daud selaku bendahari, Cikgu Cham dan Cikgu Mazlan dan juga saudara Fadzil, iaitu salah seorang daripada anak Almarhum Pak Atan.

Didalam mesyuarat itu, pelbagai agenda yang telah dibincangkan bagi menaikkan dan memartabatkan Seni Silat Gayang Lima Susurgalur Pak Atan ke persada senibeladiri, khususnya silat di Tanahair kita.

Dalam pada itu, Guru Mohd Yusof Shah @ Yusof Bai juga telah diangkat sebagai Naib Yang DiPertua Persatuan ini. Pemilihan ahli ahli jawatankuasa juga telah dijalankan dan beberapa jawatan penting didalam persatuan ini telah ditangguhkan pemilihannya untuk dibawa kemesyuarat agung kelak.

Dalam lain lain perkara, majlis jemaah guru yang ada juga telah sebulat suara menyatakan bahawa dakwaan guru buah pukul yang telah menggunakan nama Almarhum Pak Atan sebagai guru mereka hendaklah ditarik balik. Majlis jemaah guru akan mengeluarkan kenyataan hitam putih berkenaan dengan dakwaan ini sekaligus menidakkan tauliah yang diada adakan ini bagi menjaga nama baik PSSGM susurgalur Pak Atan.

Mesyuarat yang bermula dengan bacaan doa ini telah ditangguhkan dan gambar gambar bersama ahli ahli juga diabadikan sebagai kenangan.

Semoga Persatuan Seni Silat Gayang Lima susurgalur Pak Atan Airbatu akan terus menjadi antara yang terbaik. Ameeen.






















Thursday, January 26, 2012

Salam Takziah Dari Gayang Lima



Kami dari Akademi Gayang Lima bagi pihak Persatuan Seni Silat Gayang Lima susurgalur Pak Atan Airbatu merakamkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Nasaruddin Mansur @ Guru Abot yang telah kembali ke Rahmatullah pada Khamis, 26hb Januari 2012 bersamaan 2 Rabi'ulawal 1433H. Begitu juga kepada warga Pertubuhan Gerak Lian Malaysia dibawah pimpinan Guru Nazri @ Pok Yee yang telah kehilangan sebutir permata lian buah pukul yang hebat.

Sama samalah kita doakan semoga Roh Allahyarham ditempatkan di Syurga di sisi para Solihin dan Syuhada. Ameen Ya Robbal'Alameen.

Wednesday, January 18, 2012

Pengambilan Ahli Baru Gayang Lima

Sempena Tahun Baru Cina ini saya ingin mengucapkan "Gong Xi Fa Cai" kepada warga Cina samada yang Islam ataupun sebaliknya. Semoga tahun ini mendatangkan lebih rahmat dan kebaikan kepada kita semua warga Tanah Melayu yang tercinta ini.

Saya juga ingin menggalakkan para pembaca untuk mendaftar sebagai ahli Gayang Lima yang baru sempena sesi pengambilan seminggu selepas perayaan tahun baru tersebut. Jangan lepaskan peluang ini sebab penyertaan yang ramai lebih meriah dan jika ada takdirNya kita boleh adakan majlis khatam Lian 4, Lian 8, dan Lian 12 bagi para pelatih dan jurulatih baru dan lama.

Suatu yang menarik pada kali ini, para pelatih akan didedahkan dengan permainan LAGA Buah Pukul Melayu. Lengkap dengan peraturan dan alat alat ciri keselamatan tertentu, anda boleh uji kemampuan dan bina keyakinan diri untuk hadapi realiti hidup. LAGA ini dalam proses terakhir sebagai wadah pertandingan Buah Pukul Melayu dibawah sebuah persatuan yang berintegriti tinggi. Potensinya amat besar untuk di antarabangsakan kelak. Sudah tentu ada banyak peluang untuk sama sama kita raih kebaikannya melalui kursus kursus yang akan diadakan kepada yang berminat diseluruh Tanah Melayu ini dan juga dunia.

Bagi sesiapa yang berminat juga untuk 'mengambil rasa' dalam beberapa permainan buah pukul dan silat bolehlah beli majalah Seni Beladiri keluaran Februari ini. Lapan Perguruan buah pukul dan silat dibawah naungan MAGMA (Persatuan Mahaguru Seni Beladiri Malaysia) akan mengadakan kursus pendek dengan teknik teknik terbaik dari bulan tersebut hingga Mei 2012. Kos kursus hanya RM70 dan iklannya disiarkan didalam majalah tersebut.

Ayuh, jangan lepaskan peluang ini. Sama sama kita timba ilmu selagi hayat dikandung badan. Fadhilatnya amat tinggi, untuk dunia dan juga disana nanti.