![]() |
| Untuk paparan video di Youtube (klik sini) |
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...
Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi
Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Tuesday, October 30, 2012
Animasi - Teknik Gayang Lima - 5
Satu lagi teknik animasi yang ada di video dalam paparan yang terdahulu. Kali ini lebih kepada teknik siku. Kalau kita kaji Lian, buah siku ni tersembunyi disetiap sudut, sedia untuk pukul dan lapis. Jangka pula dalam permainan siku adalah rapat dan boleh ditangkap jika tidak diturut dengan buah sentong dan perisai. Dalam buah pukul sebenarnya memang susah nak tangkap menangkap melainkan lawan kita dah kena sebijik dua dan hilang orientasi. Bagaimana pula dengan aplikasi senjata tubuh kita yang lain bila kita berada dalam jangka permainan siku? Untuk tahu dan kenal, bolehlah datang berguru. Lian akan tunjukkan.
Wednesday, October 24, 2012
Animasi - Teknik Gayang Lima - 4
Menurut kata Almarhum Ayahanda Pak Atan, Lian juga ada rukunnya, dimulakan dengan niat dan diakhiri dengan tertib. Perbuatan yang tertib dalam aplikasi Lian inilah yang jadikan kita peka dan tidak kelam kabut bila melaksanakan pukul. Lian tak boleh dipersendakan, tak boleh ketawa atau buat sekerat jalan. Kita hormat dan tawadhuk bila berLian. Dalam Lian ada buah, dalam buah ada pukul dsb.
Cara Almarhum Ayahanda mengajar dulu memang satu persatu, seolah olah macam "slow motion" cara penyampaian beliau. Itupun ramai yang tak dapat ikut pasal gopoh. Kena hamputlah jawabnya. Bila secara tiba tiba anak buah beliau melapis dengan pantas, secepat kilat juga pukulan beliau tiba dan kena. Ada juga saya tengok dalam Youtube beberapa guru guru tua (Al Fatihah) dan perguruan Lian yang tunjuk gaya pukul lapis pukul begitu. Amat berkesan dan berpegang kepada tradisi. Syabas.
![]() |
| Teknik Pukul Lapis Pukul diatas boleh di tonton dalam Youtube disini (klik) SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA kepada semua umat Islam |
Friday, October 5, 2012
Animasi - Teknik Gayang Lima - 3
Mendiang Bruce Lee ada menyebut “I fear not the man who has practiced 10,000 kicks once, but I fear the man who had practiced one kick 10,000 times.” yang bermaksud " Aku tidak takut kepada seorang yang berlatih 10,000 tendangan sekali, tetapi aku khuatir kepada seorang yang telah berlatih melakukan satu tendangan 10,000 kali."
Sebagai pengamal Lian, kita boleh andaikan betapa hebatnya buah pukul G5 jika kita amalkan Lian yang merangkumi senjata yang lapan tu sebanyak 10,000 kali atau lebih. Lian juga bermaksud latihan dalam Gayang Lima. Selamat berlatih dan kepada ALLAH berserah.
|
| Animasi diatas menunjukkan secara terperinci pergerakkan pukul dan lapis pukul G5 yang telah dimuat naikkan kedalam Youtube (klik) beberapa ketika dahulu. |
Friday, September 28, 2012
Gambar Kenangan - Al Fatihah
Tuesday, August 28, 2012
Tuesday, August 21, 2012
Teknik Gayang Lima - 2
Lian buah pukul merangkumi pukulan keliling 360 darjah. Ia bukan hanya sekadar berdepan dengan musuh dan buat pukulan gulung macam keretapi, kedepan dan kebelakang. Bila berdepan dengan orang yang bukan ahli bolehlah begitu. Bagaimana jika musuh kita seorang ahli silat dan buah pukul yang tahu gunakan unsur unsur gelek dan elak serta elat. Atau musuh kita ramai dan berdiri keliling.
Dalam Gayang Lima, penekanan terhadap pukulan tunggal, pukul lapis pukul, gelek, melangkah dan elak amat dititikberatkan. Dibawah ini ditunjukkan bagaimana permainan siku dalam Gayang Lima boleh dilapis dan pukul dengan elemen gelek yang tersedia ada pada Lian. Tidak ketinggalan juga, sapuan yang boleh dilakukan bersempena dengan langkah Lian yang kita buat. Selamat mencuba.
![]() |
| klik untuk video |
Thursday, August 16, 2012
Thursday, August 2, 2012
Thursday, July 19, 2012
Monday, May 21, 2012
Penuntut dari Itali
Dari 7 hingga 11hb Mei 2012, Matteo Lazzari dari Milan, Itali telah mengambil kursus intensif Gayang Lima selama 15 jam. Dia adalah salah seorang ahli Bono Academy disana yang giat mengamalkan pelbagai jenis seni beladiri seperti Kuntao, Silat Serak, Jeet Kune Do dan juga Kali. Dalam akademi itu pula mereka ada sekumpulan pengamal yang berlatih khusus untuk silat dan buah pukul sahaja.
Pada pertemuan pertama tiga hari sebelum memulakan kursus, kami berbincang tentang silat dan dia menunjukkan minat yang amat mendalam kepada permainan buah pukul. Sebelum datang ke Malaysia, dia berhasrat untuk belajar di negara jiran. Gurunya di sana mengesyorkan agar dia datang ke sini dan belajar Gayang Lima. Mengikut katanya, Gayang Lima menjadi perhatian dan menarik minat ramai pengamal beladiri di luar negara (Alhamdulillah). Selalunya mereka akan mainkan permainan Gayang Lima di Youtube dan cuba untuk aplikasi gaya buah pukulnya sesama mereka.
Bila sampai di Malaysia dan dapat berinteraksi dan bermain dengan pengamal pengamal Gayang Lima yang dia tonton dalam Youtube, dia zahirkan rasa teruja seolah tak percaya. Dia juga mendapat sambutan mesra serta galakkan yang baik dari rakan rakan seperguruan di sini. Ada juga seorang rakan mengusiknya, "Matteo, you know what your name means in Malay? It means mati o". Yang lain lain pun gelak lah. Bila saya terangkan pada dia keesokan harinya baru dia faham dan kata patutla diaorang ketawa semalam. Dia seorang yang bersikap terbuka dan sangat menghormati ilmu serta guru. Maaf cakap, orang orang kita sendiri tak ramai macam tu.
Pada akhir sesi kursus, Matteo menyatakan rasa terharu serta sedih untuk meninggalkan gelanggang. Katanya, "This is the best experience of my life". Kalau kita amati apa yang tersirat pada kata katanya, dia memang seorang pengamal seni beladiri yang amat komited dan dahagakan ilmu. Sesuai dengan apa yang ditulis dan dituturkan oleh Pendita Profesor Dr Azlan Ghanie kepada dia, "semoga anda temui yang Haq"...Ameeen.

Subscribe to:
Posts (Atom)