SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Sunday, June 8, 2008

Sesi Pengenalan Buah Pukul Gayang Lima

Sesi pendaftaran yang diadakan semalam lebih berbentuk demo kepada hadirin yang datang untuk mengenali dengan lebih dekat tentang Gayang Lima. Alhamdulillah, sesi tersebut berjalan dengan baik dan lancar. Lebihkurang 15 orang hadir untuk sesi tersebut dimana 5 daripada mereka adalah dari Perguruan Silat Setiabakti termasuk Guru Dahlan Karim. Terima kasih Cikgu dan terima kasih kepada semua yang hadir..

Pada malam tersebut saya memberi sedikit taklimat tentang sejarah Gayang Lima dan membuat demo lian yang akan diajarkan. Dengan bantuan Cikgu Hamidi dari Perguruan Silat Setiabakti, kami peragakan permainan buah pukul, pukul, lapis pukul, tunggal dan gelut yang memang tersirat didalam Lian.

Lian yang akan saya ajarkan kepada penuntut nanti lebih berbentuk ceranan dimana saya akan gabungkan kedudukan lian kiri dan kanan, 45 darjah dan 90 darjah. Hasrat ini telah saya sampaikan kepada Ayahanda Pak Atan dan beliau dengan hati yang terbuka mempersetujuinya.
Saya perlu menjelaskan perkara ini agar tidak timbul perbalahan atau perasaan tidak puas hati dari pengamal pengamal Lian Buah Pukul yang lain. Apa yang saya tahu dan akan sampaikan adalah apa yang telah Allah takdirkan keatas saya. Segala pergerakkan asas Lian akan tetap dipelihara.

Matlamat kami diAkademi Silat Setiabakti adalah untuk melahirkan generasi tenaga pengajar Persilatan yang akan mengembangkan ilmu ini kemana sahaja yang boleh. Martabat Silat wajib dinaikkan sejajar dengan kehebatan Silat itu sendiri. Orang kita tak tau Silat itu hebat kerana kita tak mau tunjukkan kehebatannya. Biar sijil atau tauliah yang akan kita keluarkan diAkademi ini berharga dan diiktiraf seperti 'degree' atau diploma dan lebih dari itu.

Jadi, kepada sesiapa yang berhajat untuk menuntut ilmu persilatan diakademi ini boleh menyimpan cita cita untuk diberi mandat sebagai Guru Silat dan seterusnya menjadikannya sebagai kerjaya, InsyaAllah.

Seperti yang ditetapkan, kelas silat Gayang Lima akan diadakan pada setiap Selasa malam,(ditukar dari hari Sabtu) bermula jam 9.30. Dalam pada itu, jika ada sesiapa atau kumpulan yang berminat untuk mengadakan kelas Gayang Lima ditempat lain diKL ni boleh hubungi saya.

Terima kasih dan Wassalam.

No comments:

Post a Comment