SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Thursday, September 18, 2008

Gayang Lima dalam Majalah Seni Beladiri Oktober 2008


Akhirnya, ditakdirkan jua Seni Silat Gayang Lima menghiasi muka depan dalam majalah Seni Beladiri edisi bulan Oktober, 2008. Sekurang kurangnya segala penat lelah dan pengorbanan Ayahanda Pak Atan selama lebih setengah abad mendapat pengiktirafan sebagai satu lagi bahan sejarah untuk tatapan umum dan generasi yang akan datang.

Niat dihati yang selama ini terpendam terkabul juga, Alhamdulillah. Terima kasih saya ucapkan kepada team Majalah Seni Beladiri pimpinan Guru Azlan Ghanie, Cikgu Fuad, Guru Dahlan Karim dan semua mereka yang terlibat dari segi inisiatif mengadakan pertemuan, memberi dan menerima maklumat sehingga terbit satu lagi bahan ilmu dalam khazanah dunia persilatan Melayu.

Ada ramai lagi anak anak buah Pak Atan yang otai tetapi tidak disebutkan nama mereka dalam artikel tersebut seperti Cikgu Haroon Salim, Cikgu Mat Kecik, Cikgu Man Putupiring, Cikgu Irwan, Cikgu Sham, Cikgu Mazlan dan lain lain. Saya sebutkan nama nama mereka dalam blog sebagai pengiktirafan dimana secara langsung saya pernah mendapat tunjuk ajar dan berlatih bersama sama dengan mereka. Tidak lupa juga kepada Guru Raja Ali yang pesat mengembangkan Gayang Lima diBatu Pahat dan pelusuk Negeri Johor.

Mengikut sejarah Gayang Lima pernah diajarkan kepada askar Timbalan Setia Negeri Johor pada zaman Alamarhum Sultan Ibrahim oleh Allahyarham Awang Daik sekitar tahun 1920an. Askar TSNJ masih wujud sekarang ini sebagai pengawal Istana Kesultanan Johor. Allahyarham bapa saya pernah menjadi Pegawai Pemerintah disana dari tahun 1962 hingga 1980. Namun sejak sebelum perkhidamatan beliau lagi sudah tidak ada kesinambungan ilmu Buah Pukul Gayang Lima dalam TSNJ. Adalah menjadi hasrat saya agar zaman kegemilangan Gayang Lima kembali menjadi amalan dan silibus dalam TSNJ.

Sesuai dengan pegangan kita umat Islam, Kepada Allah Berserah. Yang tersirat pasti akan tersurat. Wallahua'lam.