SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Monday, February 25, 2013

Perasmian Gelanggang Gayang Lima di Kluang

Pada 23hb Februari, 2013 bertempat di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang, Persatuan Seni Silat Gayang Lima Kluang telah merasmikan pembukaan gelanggang baru disana. Acara yang bermula pada jam 5.30 petang itu telah dihadiri oleh barisan jemaah guru dan jurulatih Gayang Lima iaitu Cikgu Usop Bai, Dr Tengku Musa, Cikgu Azhar, Ustaz Hairul, Cikgu Hj Shukur, Cikgu Man, Cikgu Sham, Cikgu Mastaring, Cikgu Atan serta Jurukaka Ikmal.

Penuntut sekolah tersebut, lelaki dan perempuan seramai 80 orang telah mendengar ucapan dan taklimat yang diberikan oleh Uztaz Hairul, Cikgu Azhar serta Dr Tengku Musa. Majlis diserikan lagi dengan persembahan silat oleh sebuah perguruan silat serta pertunjukkan lian, silat seni dan tempur oleh para pelajar Sekolah Sultan Abdul Jalil, Kluang. Sesi petang tersebut dilengkapi dengan adat 'buka gelanggang' yang dirasmikan oleh Dr Tengku Musa.

Walaupun beberapa guru guru silat diatas tiba agak lewat, ukhwah dan kemesraan dalam Persatuan Seni Silat Gayang Lima ini dibawa ke meja hidangan yang telah disediakan oleh pihak sekolah selepas majlis tersebut. Seterusnya, kelas pertama telah diadakan pada sebelah malam.













Kami di Akademi Gayang Lima mengucapkan tahniah kepada PSSGL Kluang dan selamat menuntut ilmu dunia dan akhirat kepada para pelajar SMAK Johor. Semoga Allah memberkati usaha kita semua, Ameen.

Video dibawah ini adalah persembahan lian, silat seni dan tempur oleh pelajar SSAJ, Kluang.

video