SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Saturday, December 21, 2013

Konvensyen dan Konvokesyen MAGMA


Pada tanggal 14 dan 15hb Disember, 2013 MAGMA (Persatuan Guru Guru Seni Beladiri Malaysia) telah mengadakan majlis Konvensyen dan Konvokesyen di Pusat Kraftangan Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Dalam majlis itu lebih 100 orang telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah sebagai pengamal silat dan seni beladiri di Malaysia. Pengiktirafan in juga termasuk Sijil Kemahiran Malaysia, SKM peringkat 3 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Demi menjadikan Malaysia sebagai pusat seni beladiri dunia MAGMA seterusnya akan melengkapkan silibus tahap pencapaian tersebut sehingga keperingkat 8 iaitu PhD dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

Gayang Lima telah dijemput membuat persembahan ringkas pada hari Konvensyen pada 14hb. Dibawah ini kami peragakan video buah pukul yang sempat dirakamkan pada hari tersebut. 


video


video