SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Wednesday, May 12, 2010

Al Fatihah

(imej ehsan/hakmilik www.senjatalapan.com )

Kami di Gayang Lima Blogspot mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Pengasas Silat Senjata Lapan, Guru Pak Mat Kedidi @ Mohamed b. Chik

Semoga Roh beliau di tempatkan dikalangan muslim dan muslimat yang di rahmati Allah swt.





Tuesday, May 4, 2010

Hampir 2 Tahun di KL

Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun kedua saya mengajar Gayang Lima di Taman Permata, Kuala Lumpur. Tentu sekali penghargaan yang tidak terhingga ingin saya rakamkan kepada Guru Utama Silat Setiabakti, Guru Dahlan Bin Karim kerana sudi dan ikhlas membenarkan kami menumpang gunakan gelanggangnya. Hanya Allah yang membalas segala budi baiknya, Ameen.

Anak anak buah atau pelatih (kebanyakkan umur lebih 30 tahun) yang mempelajari Silat Gayang Lima ni seperti biasa, datang dan pergi. Ada yang datang tengok, kata nak datang belajar langsung tak kelihatan lagi. Ada yang datang belajar hanya sekali dan tak muncul kembali. Ada juga anak anak buah yang pada hemat saya amat baik pergerakan lian dan buah pukul. Mereka ini yang saya nampak berpotensi menerajui perkembangan seni ini. Namun, atas sebab sebab yang hanya mereka tahu, setelah berbulan bulan belajar, tup tup...senyap aje. Pun begitu pintu pembelajaran sentiasa terbuka untuk mereka. Ini pesan saya, jangan sekali kali malu untuk bertamu kembali ya?

Syukur juga kerana ada anak anak buah saya yang istiqomah belajar sambil menunjuk ajar sehingga ke hari ini. Insan insan yang macam ni, roh Gayang Lima tu dah sebati sebagai jatidiri.

Kelas juga terbuka kepada kaum hawa jika berminat belajar. Kami ada jurukaka wanita untuk tujuan itu. Kepada yang tiada masa namun ada asas persilatan ataupun berminat dengan Buah Pukulan bolehlah mengambil kursus intensif untuk mempelajari sekurang kurangnya Lian 1 (Ibu Lian), konsep dan asas asas buah pukul.

Tepuk dada tanya iman, ilmu ilmu begini, didunia berguna, InsyaAllah boleh kita buat bekalan yang bermunafaat untuk di "sana".