SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Monday, November 14, 2011

Sains Tempur

Pasti ramai pencinta seni beladiri adalah peminat filem aksi dan tempur. Kita akan teruja dengan teknik serta ketangkasan didalam sayembara penuh aksi itu.baik di tv, pawagam mahupun secara lansung, degup jantung makin kencang setiap kali aksi aksi hebat di pertontonkan. Tetapi, bagaimana pula jika kita sendiri yang terlibat didalam pertempuran itu? Adakah mampu kita kekalkan ketenangan jiwa didalam situasi getir? Mampukah kita ingat dan praktiskan langkah langkah “maut” yg kita pelajari selama ini dari puluhan malahan ratusan guru?

Pernah anda dengar ungkapan, "biar selalu bertumbuk dari pandai bertumbuk". Amat ringkas dan agak pedih didengar buat “armchair fighters” . Ungkapan inilah yang membezakan "fighter”(petempur) dan “practitioner”(pengamal). Didalam situasi pertempuran, keadaan adalah amat berbeza dalam banyak aspek. Kita huraikan dalam bentuk lebih mudah difahami.

Fizikal
Atau pun jasmani.degupan jantung rehat manusia adalah diantara 80-100 degupan seminit. Didalam situasi tempur, degup jantung mampu mencapai 180 degupan seminit. Ini boleh di samakan dengan enjin kereta anda yang biasanya dalam panduan bandar, RPM hanyalah antara 1500 ke 2200 RPM. Secara mendadak, ia naik mencecah garis merah (redline) 4000 ke 6000 RPM tetapi kenderaan masih bergerak dalam kelajuan jalan bandar. Inilah yang menjadi penghalang (“barrier”) sebenar seorang petempur. Kemampuan mengawal biologi diri adalah satu kemahiran yang amat seni. Antara teknik yang boleh digunakan adalah melalui pernafasan terkawal, focus minda (meditasi),hypnosis diri (self) dan lain lain lagi.

Berfikir dibawah tekanan serta mengawal degup jantung boleh dipelajari dari banyak perguruan beladiri di dunia. Tetapi kebanyakkan teknik di selindungi dengan amalan dan ritual tertentu. Sudah pasti kenyataan ini bukanlah mensekularkan ilmu, tetapi menyingkap kesan fizikal sesuatu teknik.perlu saya ingatkan, tajuk artikel ini adalah sains pertempuran.

Hormon
Selain mengenal organ dan tindak balasnya ketika bertempur, perlu juga di fahamkan tentang hormon dan tindakbalasnya. Rembesan adrenalin yang meningkatkan degup jantung turut bertindak sebagai pencetus (boost) kepada otot dan anggota sendi. Selain itu juga, badan akan bertindak balas dengan merembeskan satu lagi hormon yg dipanggil dopamin yang menjadi pelali semulajadi kepada sebarang isyarat kesakitan kepada otak. Rembesan hormon yg tak terkawal boleh menyebabkan panik. Akal fikiran boleh mengalami kejutan dan mampu menyebabkan kekeliruan, pengsan (blackout) dan jika anda mempunyai masalah jantung,ia boleh mengakibatkan kematian.

Emosi
Emosi amat penting kerana ia berkait rapat dengan organ dalaman dan rembesan hormon. Ada petempur yang merasakan asyik ataupun ketagihan bertempur kerana mereka melahirkan emosi tertentu dan badan merembesan hormon yang memberi kepuasan. Mereka inilah yang selalu kita label sebagai kaki gaduh, kaki pukul dan pencinta keganasan.

Didalam keadaan pertempuran terkawal, tiada emosi (kerisauan) takut kehilangan nyawa. Tetapi lebih kepada emosi bertanding atau pun mahu kemenangan. Ianya berbeza dengan pertempuran sebenar. Petempur yang arif perlu menggunakan emosi seperti takut, marah dan sadis secara terkawal dan berhati hati. Ini kerana emosi boleh menjejaskan keputusan yang dibuat. Teknik mengawal emosi banyak di terapkan didalam mantra, doa dan zikir. Dalam pertempuran ataupun pergaduhan, emosi marah adalah sesuatu yg normal. Walaubagaimanapun, pertimbangan dan kepekaan terhadap persekitaran harus kekal stabil. Emosi mampu memberi fokus dan kelebihan jika dapat dikawal dengan baik.

Pernafasan dan sistem kardiovaskular
Bagi penulis, inilah kunci kepada mencipta situasi ideal dalam pertempuran. Hampir 20 peratus oksigen yang dicernakan oleh paru paru dalam setiap hela nafas adalah bagi keperluan otak. Jika seorang petempur tak dapat bernafas dengan baik,maka akan mudah hilang segala kemampuan berfikir. Otak hanya 2 peratus dr jisim badan tetapi ia mempunyai keutamaan dalam keperluan oksigen. Maksudnya, jika kuota oksigen kepada otak tidak dipenuhi, sistem badan yg lain akan di hentikan terlebih dahulu. Meskipun kebanyakkan teknik beladiri menerapkan muscle memory dan tindakan bawah sedar, ini semua masih memerlukan proses isyarat dari otak.

Dari pengalaman, kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh petempur adalah menahan nafas semasa melakukan serangan. Biarpun ini merupakan tindakan spontan, ia memberi banyak kesan negatif kepada sistem badan. Oksigen yg tidak mencukupi bukan sahaja melemahkan otak, tetapi juga otot. Jika durasi pertempuran melebihi 2 minit, ia ibarat anda menahan nafas selama 2 minit dan melakukan kerja berat serentak. Anda boleh cuba sendiri dalam keadaan terkawal dan ia masih sukar.

Antara teknik yg boleh digunakan adalah mengatur pernafasan bersama setiap serangan. Hembusan nafas dibuat secara "pressurise released" melalui mulut. Dan jika mampu melalui hidung. Tapi bukan serentak kedua duanya. Ini memberi peluang paru paru menyerap oksigen dengan lebih banyak kerana lepasan nafas yang separa tersekat. Aturan pernafasan perlu stabil.
Anda mungkin pernah mendengar kemampuan pengamal yoga memperlahankan degup jantung separas hibernasi. Ini merupakan teknik yang amat membahaya dan paling sukar. Teknik yang hampir kepada itu dapat digunakan dalam situasi bertempur. Dengan mengawal degupan jantung, tekanan darah ke otak dapat dikurangkan dan fikiran akan lebih jelas. Proses akal lebih terkawal dan fokus dapat ditingkatkan.

Fokus
Seperti mana seorang penembak jitu, fokus meningkatkan ketepatan dan kejituan gerakkan. "Tunnel vision" adalah hasil maksimum fokus pandangan/penglihatan. Kemampuan meramal gerakan pula adalah hasil fokus minda. Pasti anda pernah mendengar pengalaman petempur yg merasakan gerakan musuh seperti gerak perlahan (slow motion) semasa bertempur. Ini kerana proses otak mencapai tahap pra kognitif. Haluan serangan musuh dapat di proses lebih pantas dari gerakkan sebenar. Ini kerana neuron pada sinaps otak mencetus pada kelajuan 360 km/j.antara 100 ke 120 meter sesaat.

Bertempur secara lansung merupakan satu pengalaman yg menarik. Elemen bahaya dan keselamatan diri menjadikan ianya satu perkara serius. Meskipun begitu, latihan yg berterusan melalui sesi sparring memberi banyak faedah dalam mengadaptasikan minda dan badan bagi situasi sebenar. Meskipun ada beladiri yg memandang sparring atau pertandingan berbentuk olahraga sesuatu yg tidak "real", kita perlu lihat dalam konteks semasa dimana kita hidup didalam negara yg ada undang undang serta sistem kepolisian yg baik. Berlatihlah dengan selamat dan terapkanlah semangat kesukanan yg baik. Sesungguhnya , kita tidak merancang untuk berada dalam situasi tempur, tetapi kita harus mempunyai persediaan yg sempurna.

Penulis bukan seorang saintis maka jika ada maklumat yg lebih tepat berdasarkan kajian sains,maka itu adalah lebih tepat.