(Artikel dibawah diambil dari sumber lain dan bukan ilham blogger)
Menyerang musuh semasa dia kurang bersedia sentiasa menjadi satu idea yang bagus. Sekurang-kurangnya ia adalah satu idea yang bagus bagi sesiapa yang sukakan kemenangan.Kadangkala, masa terbaik untuk mengambil kesempatan di atas kelekaan musuh adalah semasa dia sedang besedia untuk menyerang anda. Sejarah peperangan penuh dengan contoh serangan pre-emptive atau serangan yang dilancarkan sejurus sebelum serangan musuh.
Dalam seni beladiri, strategi ini sama berkesan. Malahan, pada 1968 Bruce Lee dan Dan Inosanto telah menamakan koleksi prinsip pertarunganJeet Kune Do sempena konsep ini. Bruce Lee menegaskan bahawa cara paling ekonomi dan berkesan untuk mengakibatkan kecederaan berat kepadaseseorang musuh adalah dengan menyerangnya semasa dia sedang bersediauntuk menyerang. Bruce Lee memanggil prinsip ini sebagai "stop-hit". Dengan menggunakannya telah membolehkan Bruce Lee menewaskan lawan-lawanyang lebih besar dan gagah dengan agak mudah. Ia juga boleh dilakukan oleh anda.
Kebolehan untuk memukul musuh semasa dia sedang bersedia untuk menyerangmenawarkan banyak faedah. Yang paling jelas adalah apa-apa pukulan yang anda lakukan berkemungkinan mempunyai kesan yang lebih kuat disebabkan momentum musuh anda.
Mungkin faedah lain yang ada adalah kesan psikologi. Bayangkan betapa kecewanya anda rasa kalau setiap kali anda berada di posisi yang bagus untuk menyerang, anda, tiba-tiba pukulan yang kuat mengena anda. Selepas dua tiga kali begitu, anda akan mula berfikir bahawa dia mungkin mempunyai kebolehan telepati.Walaupun Bruce Lee berjaya menunjukkan keberkesanan menggunakan stop-hit, konsep mendahului serangan secara amnya diabaikan oleh kebanyakan orang, yang suka menganggap fizikal Bruce Lee yang hebat sebagai satu-satunya alasan dia boleh melakukannya dengan jaya. Ini adalah pendapat yang amat cetek.Konsep mendahului serangan sudah lama ada. Sebenarnya, minat utama Bruce Lee kepada stop-hit lahir dari penyelidikannya tentang seni pedang barat, satu seni di mana stop-hit adalah prinsip asas.
Dalam kung fu wing chun, terdapat prinsip fin sil die dar atau tangkis dan serang serentak, yang hanya sedikit berbeza daripada konsep stop-hit. Karate Jepun dan Okinawa mengajar sen no sen, manakala tinju barat mengajar peninju-peninjunya untuk "attack on preparation". Semuaitu merujuk kepada prinsip yang sama; mendahului serangan. Jadi abaikanpendapat bahawa Bruce Lee adalah satu-satunya manusia yang boleh menggunakan konsep ini. Dengan ini sahaja anda akan dapat menggabungkanperalatan berguna ini dalam persenjataan anda.
Seperti telah disebut sebelum ini, masa terbaik untuk mendahului serangan musuh adalah semasa dia sedang bersedia untuk menyerang. Beberapa tanda boleh memberitahu anda bila untuk melakukan stop-hit anda. Tetapi sebelum pergi lebih terperinci, anda perlu tahu bagaimana untuk kekal selamat semasa mencari tanda-tanda itu. Perkara yang palingpenting anda perlu fikirkan adalah penjagaan jarak yang sesuai. Alasan kenapa konsep mendahului serangan sukar dilakukan oleh kebanyakan pengamal seni beladiri adalah kerana mereka berada terlalu dekat dengan musuh mereka.
Sebagai contoh, cuba latihan ini:
Dapatkan seorang pasangan berdiri dalam jarak dua kaki di depan anda dengan penumbuknya dalam keadaan bersedia. Penumbuk anda juga dalam keadaan bersedia. Biarkan pasangan anda menumbuk muka anda tanpa amaran.Tugas anda adalah menangkis tumbukannya.Selepas anda berdiri semula danmenyapu darah yang keluar dari hidung anda, suruh pasangan anda untuk undur tiga langkah. Dengan begini, kalau dia hendak menumbuk, dia terpaksa mara ke depan terlebih dahulu untuk tumbukannya sampai. Anda akan boleh melihatnya bergerak ke arah anda sebelum dia melancarkan tumbukannya dan anda sepatutnya tiada lagi masalah untuk menangkis ataumengelak hidung anda dari berdarah sekali lagi.
Walaupun latihan ini mudah, hanya segelintir pengamal seni beladiri yang menggunakannya semasa sparring. Hujah terbesar terhadap jarak yang jauh untuk melaksanakan stop-hit adalah bahawa kalau anda berdirijauh dari musuh anda, anda akan berada terlau jauh untuk melancarkan serangan anda sendiri. Hello! Kita bercakap berkenaan mendahului serangan musuh anda yang sedang menuju ke arah anda. Ini bermakna musuh anda yang menghampiri anda. Kalau dia cuba menumbuk anda, dia perlu maju ke arah anda ke dalam jarak anda. Semasa dia fikirkan bagaimana hendak mendekati anda untuk menumbuk anda, anda pukulnya dengan stop-hit.
Sebaik sahaja anda sudah biasa dengan jarak yang sesuai, anda boleh mula mencari tanda-tanda pada musuh anda. Salah satu tanda termudah adalah gerakan ke depannya. Kalau di cuba menghampiri anda, kemungkinanbesar dia melakukan sebegitu supaya dia boleh memukul anda. Kalau begitu kesnya, pukul dia semasa dia melangkah ke arah anda.
Tanda lain yang jelas bahawa dia cuba memukul anda adalah apabila dia membuat serangan palsu. Serangan palsu selalu digunakan pengamal seni beladiri terlatih sebagai satu cara untuk mengumpan anda keluar dan juga untuk menyembunyikan gerakan ke depannya. Ideanya adalah bahawa serangan palsu akan diikuti dengan merapatkan jarak dan selalunya menyerang dari sudut lain semasa anda sibuk membeladiri dari serangan palsu. Kalau anda menyedari taktik ini, jangan bazirkan masa membeladiridari serangan palsu. Anggap sahaja setiap gerakan menyerang sebagai benar dan layan serangan palsu sama seperti anda melayan serangan betul,dengan mendahului serangan. Ini mungkin mengambil masa untuk mengaturcara semula proses berfikir anda daripada minda diserang/membeladiri kepada minda diserang/menyerang balas.
Untuk mendapat gambaran, bayangkan reaksi haiwan liar terhadap bahaya. Mula-mula, ia cuba menjarakkan diri dari bahaya itu. Kemudian apabila jarak itu dicerobohi, ia menyerang apa yang ia boleh capai. Ia tidak cuba menangkis apa-apa yang mengancamnya. Ia menyerbu dan mempertahankandirinya dengan serangan yang kuat dan ganas. Ingatlah bahawa apabila nyawa anda terancam, serangan yang bagus adalah pembelaan terbaik anda.Kalau anda yang menyerang, anda yang memukul. Kalau musuh yang menyerangpun, anda juga yang memukul.
Tanda terakhir yang perlu diawasi adalah kewujudan pergerakan ekstra yang mendahului serangan musuh anda. Anda boleh mengesannya semasa bahagian awal pertarungan, yang mana merupakan tahap analisa awal ke atas musuh anda. Itu adalah masa anda memeriksa pembelaannya dan meneliti sebarang tabiat yang ditunjukkannya sebelum dia menyerang. Anda boleh memukulnya sebaik sahaja mana-mana tabiat menjadi jelas.
Sekarang kita perhatikan beberapa latihan asas yang boleh memberi anda rasa bagaimana menggunakan stop-hit terhadap lawan yang bernyawa. Untuk meringkaskan cerita, saya akan bincangkan dua teknik mendahului serangan lawan sahaja. Ingat, anda boleh gunakan apa-apa teknik yang sesuai dengan situasi.
Untuk tujuan latihan ini, anda akan menggunakan dua teknik tendangan. Pertama adalah sepak layang. Anda boleh sepak layang menggunakan kaki depan anda untuk menyerang kemaluan lawan ataupun menggunakan kaki belakang anda seperti tendangan muay thai ke peha lawan. Kedua adalah jeet tek, atau stop-kick. Ia seakan-akan tendangan sisi, tetapi lutut tidak dibengkokkan dan kemudian diluruskan seperti tendangan sisi yang biasa. Untuk stop-kick, kaki diangkat dari lantai tanpa lutut dibengkokkan, kemudian diterjah ke tengah tulang kering atau lutut musuh anda. Kalau lutut anda dibengkokkan sebelum terjahan, kemungkinan besar anda tidak sempat melakukan stop-hit. Walaupun tidak sekuat sepak layang, jeet tek amat senang digunakan dan ia adalah cara yang bagus untuk memusnahkan keseimbangan musuh anda.
Untuk latihan pertama, anda perlukan seorang pasangan, sepasang sarung tangan tinju dan apa-apa pelindung badan yang biasa anda gunakan. Mulakan dengan bergerak mengelilingi pasangan anda dan pada masa yang sama mengekalkan jarak yang sesuai. Pasangan anda sesekali melangkah ke depan dan menyerang. Sebagai permulaan, dia perlu lakukan serangan ringkas, satu persatu dan sedikit lambat dari biasa. Sebaik sahaja anda lihat dia melangkah dke depan, bertindak balaslah dengan sepak layang atau jeet tek.
Melalui ujikaji, anda mungkin mendapati bahawa jeet tek sangat berguna terhadap apa-apa tumbukan atau tendangan, dan sepak layang pula bagus digunakan terhadap tumbukan. Berlatih perlahan-lahan untuk memastikan stop-hit anda mengena sebelum serangannya sempurna. Di tahap yang lebih tinggi, biar pasangan anda memakai pelindung peha yang tebal dan berat, dan gunakan lebih tenaga ke dalam tendangan-tendangan itu untukmenghentikan serangannya.
Selepas lebih kurang 20 atau 30 jam latihan sebegini dengan pasangan yang boleh berkerjasama, anda bolehlah mula menggabungkan stop-hit ke dalam sesi sparring biasa anda. Satu perkara yang penting untuk diingati adalah bahawa mendahului gerak semata-mata tidaklah sebegitu berfaedah. Nilai sebenarnya terletak kapada masa yang yang diberikannyauntuk anda melakukan serangan penamat anda. Sejurus selepas mendahuluiserangan lawan, anda mesti melaksanakan rancangan anda pada masa musuh anda masih kesakitan dan hilang keseimbangan.
Untuk menambahbaik kebolehan anda untuk melakukan stop-hit, cuba idea-idea berikut selama beberapa bulan:
# Sparring sehingga anda dapat rasa timing pasangan anda. Selepas berjaya melakukan stop-hit, berada dalam jarak tendangan dan lakukan kombinasi pantas menggunakan kaki-kaki anda sahaja.
# Selepas mendahului serangan, rapatkan jarak sehingga anda berada dalam jarak tumbukan dan lakukan teknik-teknik tumbukan yang bertubi-tubi.
# Susuli mendahului serangan anda dengan memaut leher lawan dan lakukanteknik-teknik siku dan lutut untuk menewaskannya.
# Selepas berjaya melakukan stop-hit, ambil kesempatan di atas ketidakseimbangan lawan anda dengan menjatuhkannya ke tanah dan kuncian.
# Susuli mendahului serangan anda dengan teknik-teknik pantas dari pelbagai jarak untuk menyesakkan dan mengelirukan lawan anda.
Selepas beberapa bulan menguji stop-hit dalam sparring, akan jelas bahawa mendahului serangan musuh boleh menolong anda melaksanakan apa-apa rancangan pertarungan anda.
Kebolehan untuk mendapatkan jarak yang dikehendaki adalah kebolehan yang hampir semua pengamal seni beladiri sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya. Adalah akan juga menjadi jelas bahawa adalah mengarut untuk menganggap Bruce Lee sahaja manusia yang boleh menggunakan stop-hit dengan jayanya dalam pertarungan.
Semua pengamal seni beladiri mesti faham bahawa kebenaran itu bersifat sejagat, atau universal. Kalau sesuatu konsep itui benar, ia akan sentiasa muncul dalam setiap seni pertarungan. Seperti kata-kata Bruce Lee, tumbukan hanyalah tumbukan, tendangan hanyalah tendangan. Samada anda panggil mendahului serangan sebagai stop-hit atau apa pun,fakta kekal bahawa kalau anda memupuk kebolehan anda untuk melakukannya,anda akan menjadi pengamal seni beladiri yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment