SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Thursday, April 10, 2008

SENI MENDAHULUI SERANGAN

(Artikel dibawah diambil dari sumber lain dan bukan ilham blogger)

Menyerang musuh semasa dia kurang bersedia sentiasa menjadi satu idea yang bagus. Sekurang-kurangnya ia adalah satu idea yang bagus bagi sesiapa yang sukakan kemenangan.Kadangkala, masa terbaik untuk mengambil kesempatan di atas kelekaan musuh adalah semasa dia sedang besedia untuk menyerang anda. Sejarah peperangan penuh dengan contoh serangan pre-emptive atau serangan yang dilancarkan sejurus sebelum serangan musuh.
Dalam seni beladiri, strategi ini sama berkesan. Malahan, pada 1968 Bruce Lee dan Dan Inosanto telah menamakan koleksi prinsip pertarunganJeet Kune Do sempena konsep ini. Bruce Lee menegaskan bahawa cara paling ekonomi dan berkesan untuk mengakibatkan kecederaan berat kepadaseseorang musuh adalah dengan menyerangnya semasa dia sedang bersediauntuk menyerang. Bruce Lee memanggil prinsip ini sebagai "stop-hit". Dengan menggunakannya telah membolehkan Bruce Lee menewaskan lawan-lawanyang lebih besar dan gagah dengan agak mudah. Ia juga boleh dilakukan oleh anda.

Kebolehan untuk memukul musuh semasa dia sedang bersedia untuk menyerangmenawarkan banyak faedah. Yang paling jelas adalah apa-apa pukulan yang anda lakukan berkemungkinan mempunyai kesan yang lebih kuat disebabkan momentum musuh anda.
Mungkin faedah lain yang ada adalah kesan psikologi. Bayangkan betapa kecewanya anda rasa kalau setiap kali anda berada di posisi yang bagus untuk menyerang, anda, tiba-tiba pukulan yang kuat mengena anda. Selepas dua tiga kali begitu, anda akan mula berfikir bahawa dia mungkin mempunyai kebolehan telepati.Walaupun Bruce Lee berjaya menunjukkan keberkesanan menggunakan stop-hit, konsep mendahului serangan secara amnya diabaikan oleh kebanyakan orang, yang suka menganggap fizikal Bruce Lee yang hebat sebagai satu-satunya alasan dia boleh melakukannya dengan jaya. Ini adalah pendapat yang amat cetek.Konsep mendahului serangan sudah lama ada. Sebenarnya, minat utama Bruce Lee kepada stop-hit lahir dari penyelidikannya tentang seni pedang barat, satu seni di mana stop-hit adalah prinsip asas.

Dalam kung fu wing chun, terdapat prinsip fin sil die dar atau tangkis dan serang serentak, yang hanya sedikit berbeza daripada konsep stop-hit. Karate Jepun dan Okinawa mengajar sen no sen, manakala tinju barat mengajar peninju-peninjunya untuk "attack on preparation". Semuaitu merujuk kepada prinsip yang sama; mendahului serangan. Jadi abaikanpendapat bahawa Bruce Lee adalah satu-satunya manusia yang boleh menggunakan konsep ini. Dengan ini sahaja anda akan dapat menggabungkanperalatan berguna ini dalam persenjataan anda.

Seperti telah disebut sebelum ini, masa terbaik untuk mendahului serangan musuh adalah semasa dia sedang bersedia untuk menyerang. Beberapa tanda boleh memberitahu anda bila untuk melakukan stop-hit anda. Tetapi sebelum pergi lebih terperinci, anda perlu tahu bagaimana untuk kekal selamat semasa mencari tanda-tanda itu. Perkara yang palingpenting anda perlu fikirkan adalah penjagaan jarak yang sesuai. Alasan kenapa konsep mendahului serangan sukar dilakukan oleh kebanyakan pengamal seni beladiri adalah kerana mereka berada terlalu dekat dengan musuh mereka.

Sebagai contoh, cuba latihan ini:
Dapatkan seorang pasangan berdiri dalam jarak dua kaki di depan anda dengan penumbuknya dalam keadaan bersedia. Penumbuk anda juga dalam keadaan bersedia. Biarkan pasangan anda menumbuk muka anda tanpa amaran.Tugas anda adalah menangkis tumbukannya.Selepas anda berdiri semula danmenyapu darah yang keluar dari hidung anda, suruh pasangan anda untuk undur tiga langkah. Dengan begini, kalau dia hendak menumbuk, dia terpaksa mara ke depan terlebih dahulu untuk tumbukannya sampai. Anda akan boleh melihatnya bergerak ke arah anda sebelum dia melancarkan tumbukannya dan anda sepatutnya tiada lagi masalah untuk menangkis ataumengelak hidung anda dari berdarah sekali lagi.

Walaupun latihan ini mudah, hanya segelintir pengamal seni beladiri yang menggunakannya semasa sparring. Hujah terbesar terhadap jarak yang jauh untuk melaksanakan stop-hit adalah bahawa kalau anda berdirijauh dari musuh anda, anda akan berada terlau jauh untuk melancarkan serangan anda sendiri. Hello! Kita bercakap berkenaan mendahului serangan musuh anda yang sedang menuju ke arah anda. Ini bermakna musuh anda yang menghampiri anda. Kalau dia cuba menumbuk anda, dia perlu maju ke arah anda ke dalam jarak anda. Semasa dia fikirkan bagaimana hendak mendekati anda untuk menumbuk anda, anda pukulnya dengan stop-hit.

Sebaik sahaja anda sudah biasa dengan jarak yang sesuai, anda boleh mula mencari tanda-tanda pada musuh anda. Salah satu tanda termudah adalah gerakan ke depannya. Kalau di cuba menghampiri anda, kemungkinanbesar dia melakukan sebegitu supaya dia boleh memukul anda. Kalau begitu kesnya, pukul dia semasa dia melangkah ke arah anda.
Tanda lain yang jelas bahawa dia cuba memukul anda adalah apabila dia membuat serangan palsu. Serangan palsu selalu digunakan pengamal seni beladiri terlatih sebagai satu cara untuk mengumpan anda keluar dan juga untuk menyembunyikan gerakan ke depannya. Ideanya adalah bahawa serangan palsu akan diikuti dengan merapatkan jarak dan selalunya menyerang dari sudut lain semasa anda sibuk membeladiri dari serangan palsu. Kalau anda menyedari taktik ini, jangan bazirkan masa membeladiridari serangan palsu. Anggap sahaja setiap gerakan menyerang sebagai benar dan layan serangan palsu sama seperti anda melayan serangan betul,dengan mendahului serangan. Ini mungkin mengambil masa untuk mengaturcara semula proses berfikir anda daripada minda diserang/membeladiri kepada minda diserang/menyerang balas.

Untuk mendapat gambaran, bayangkan reaksi haiwan liar terhadap bahaya. Mula-mula, ia cuba menjarakkan diri dari bahaya itu. Kemudian apabila jarak itu dicerobohi, ia menyerang apa yang ia boleh capai. Ia tidak cuba menangkis apa-apa yang mengancamnya. Ia menyerbu dan mempertahankandirinya dengan serangan yang kuat dan ganas. Ingatlah bahawa apabila nyawa anda terancam, serangan yang bagus adalah pembelaan terbaik anda.Kalau anda yang menyerang, anda yang memukul. Kalau musuh yang menyerangpun, anda juga yang memukul.
Tanda terakhir yang perlu diawasi adalah kewujudan pergerakan ekstra yang mendahului serangan musuh anda. Anda boleh mengesannya semasa bahagian awal pertarungan, yang mana merupakan tahap analisa awal ke atas musuh anda. Itu adalah masa anda memeriksa pembelaannya dan meneliti sebarang tabiat yang ditunjukkannya sebelum dia menyerang. Anda boleh memukulnya sebaik sahaja mana-mana tabiat menjadi jelas.

Sekarang kita perhatikan beberapa latihan asas yang boleh memberi anda rasa bagaimana menggunakan stop-hit terhadap lawan yang bernyawa. Untuk meringkaskan cerita, saya akan bincangkan dua teknik mendahului serangan lawan sahaja. Ingat, anda boleh gunakan apa-apa teknik yang sesuai dengan situasi.

Untuk tujuan latihan ini, anda akan menggunakan dua teknik tendangan. Pertama adalah sepak layang. Anda boleh sepak layang menggunakan kaki depan anda untuk menyerang kemaluan lawan ataupun menggunakan kaki belakang anda seperti tendangan muay thai ke peha lawan. Kedua adalah jeet tek, atau stop-kick. Ia seakan-akan tendangan sisi, tetapi lutut tidak dibengkokkan dan kemudian diluruskan seperti tendangan sisi yang biasa. Untuk stop-kick, kaki diangkat dari lantai tanpa lutut dibengkokkan, kemudian diterjah ke tengah tulang kering atau lutut musuh anda. Kalau lutut anda dibengkokkan sebelum terjahan, kemungkinan besar anda tidak sempat melakukan stop-hit. Walaupun tidak sekuat sepak layang, jeet tek amat senang digunakan dan ia adalah cara yang bagus untuk memusnahkan keseimbangan musuh anda.
Untuk latihan pertama, anda perlukan seorang pasangan, sepasang sarung tangan tinju dan apa-apa pelindung badan yang biasa anda gunakan. Mulakan dengan bergerak mengelilingi pasangan anda dan pada masa yang sama mengekalkan jarak yang sesuai. Pasangan anda sesekali melangkah ke depan dan menyerang. Sebagai permulaan, dia perlu lakukan serangan ringkas, satu persatu dan sedikit lambat dari biasa. Sebaik sahaja anda lihat dia melangkah dke depan, bertindak balaslah dengan sepak layang atau jeet tek.

Melalui ujikaji, anda mungkin mendapati bahawa jeet tek sangat berguna terhadap apa-apa tumbukan atau tendangan, dan sepak layang pula bagus digunakan terhadap tumbukan. Berlatih perlahan-lahan untuk memastikan stop-hit anda mengena sebelum serangannya sempurna. Di tahap yang lebih tinggi, biar pasangan anda memakai pelindung peha yang tebal dan berat, dan gunakan lebih tenaga ke dalam tendangan-tendangan itu untukmenghentikan serangannya.
Selepas lebih kurang 20 atau 30 jam latihan sebegini dengan pasangan yang boleh berkerjasama, anda bolehlah mula menggabungkan stop-hit ke dalam sesi sparring biasa anda. Satu perkara yang penting untuk diingati adalah bahawa mendahului gerak semata-mata tidaklah sebegitu berfaedah. Nilai sebenarnya terletak kapada masa yang yang diberikannyauntuk anda melakukan serangan penamat anda. Sejurus selepas mendahuluiserangan lawan, anda mesti melaksanakan rancangan anda pada masa musuh anda masih kesakitan dan hilang keseimbangan.

Untuk menambahbaik kebolehan anda untuk melakukan stop-hit, cuba idea-idea berikut selama beberapa bulan:
# Sparring sehingga anda dapat rasa timing pasangan anda. Selepas berjaya melakukan stop-hit, berada dalam jarak tendangan dan lakukan kombinasi pantas menggunakan kaki-kaki anda sahaja.
# Selepas mendahului serangan, rapatkan jarak sehingga anda berada dalam jarak tumbukan dan lakukan teknik-teknik tumbukan yang bertubi-tubi.
# Susuli mendahului serangan anda dengan memaut leher lawan dan lakukanteknik-teknik siku dan lutut untuk menewaskannya.
# Selepas berjaya melakukan stop-hit, ambil kesempatan di atas ketidakseimbangan lawan anda dengan menjatuhkannya ke tanah dan kuncian.
# Susuli mendahului serangan anda dengan teknik-teknik pantas dari pelbagai jarak untuk menyesakkan dan mengelirukan lawan anda.
Selepas beberapa bulan menguji stop-hit dalam sparring, akan jelas bahawa mendahului serangan musuh boleh menolong anda melaksanakan apa-apa rancangan pertarungan anda.

Kebolehan untuk mendapatkan jarak yang dikehendaki adalah kebolehan yang hampir semua pengamal seni beladiri sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya. Adalah akan juga menjadi jelas bahawa adalah mengarut untuk menganggap Bruce Lee sahaja manusia yang boleh menggunakan stop-hit dengan jayanya dalam pertarungan.
Semua pengamal seni beladiri mesti faham bahawa kebenaran itu bersifat sejagat, atau universal. Kalau sesuatu konsep itui benar, ia akan sentiasa muncul dalam setiap seni pertarungan. Seperti kata-kata Bruce Lee, tumbukan hanyalah tumbukan, tendangan hanyalah tendangan. Samada anda panggil mendahului serangan sebagai stop-hit atau apa pun,fakta kekal bahawa kalau anda memupuk kebolehan anda untuk melakukannya,anda akan menjadi pengamal seni beladiri yang lebih baik.

MEMAHAMI KOMUNIKASI BUKAN LISAN

(Atikel dibawah diambil dari sumber lain dan bukan dari ilham blogger)


Ramai pelatih tidak diajar cara membaca gerak lawan. Kalau diajar pun hanyalah selepas beberapa lama dalam seni beladiri ataupun kepada pelatih-pelatih terpilih sahaja. Selain itu, pengalaman yang menyakitkan yang menjadi guru. Di sini saya berikan sedikit tip untuk mengurangkan kesakitan anda.

Mata

Perhatikan mata lawan. Kebanyakan orang akan menumpukan perhatian ke sasaran yang diingini sejenak sebelum menyerang. Contohnya, kalau serangan ingin dibuat ke bahagian bawah badan, matanya akan tertunduk sejurus sebelum menyerang. Kalau serangan ingin dibuat ke bahagian atas badan, matanya akan melihat ke atas. Kalau niatnya untuk bergelut, mata lawan biasanya tertumpu ke tangan atau pinggang anda. Sebagai peraturan, di mana mata melihat, di situ serangan akan disasarkan.

Tangan

Sebelum kita dapat bercakap, kita dapat berkomunikasi menggunakan bahasa pergerakan tangan. Penggunaan pergerakan tangan untuk memberi penekanan kepada komunikasi lisan masih merupakan juzuk penting dalam komunikasi hidup kita sehari-hari. Jadi, tidaklah hairan bahawa tangan banyak mendedahkan apa yang kita fikirkan. Salah satu pergerakan paling lazim di kalangan pelatih-pelatih baru adalah menjatuhkan tangan dan juga menarik tangan. Apabila seseorang itu menjatuhkan tangannya, biasanya ia adalah permulaan kepada serangan menggunakan kaki. Ini biasanya adalah hasil latihan yang tidak betul di mana pelatih berasa mereka perlu menggunakan tangan mereka untuk menyeimbangkan badan semasa menendang, dan ada juga seseorang itu menjatuhkan tangan untuk memberi laluan kepada tendangan mereka. Seseorang pelatih yang professional sedar tentang ini dan akan mengekalkan posisi
tangan bertahan yang bersesuaian semasa melakukan tendangan.

Pergerakan paling lazim yang seterusnya adalah menarik tangan. Ramai pelatih menarik tangan mereka sebelum melakukan teknik tangan. Pelatih yang professional akan terus menumbuk, manakala yang amatur akan menarik tangan ke belakang sebelum menumbuk, lalu memberi amaran awal kepada pelatih yang peka.

Pernafasan

Sambil memerhatikan mata lawan, gunakan pandangan meluas (peripheral vision) dan juga deria dengar anda untuk mengenal rentak pernafasan lawan. Rentak pernafasan akan memberi amaran waktu ketika serangan boleh dan akan dilakukannya. Sebelum menyerang, kebanyakan orang secara tidak sedar akan melakukan amalan mental "1 - ke garisan, 2 - sedia, 3 - mula". Ini berlaku amat cepat tetapi akan mengikut rentak yang sama, pernafasan biasa semasa tahap "ke garisan", menarik nafas tiba-tiba semasa "sedia", dan menghembus nafas semasa menyerang. (Tetapi ada juga yang menahan nafas semasa menyerang.) Dengar pernafasan lawan anda, apabila anda dengar ada tarikan nafas yang tiba-tiba, perkara berikut yang anda akan lihat adalah serangan. Untuk menggunakan strategi mendahului serangan lawan, seranglah semasa dia mula-mula menarik nafas. Hampir tiada orang yang menyerang semasa menarik nafas.

Badan antara bahu ke pinggang

Posisi badan antara bahu dan pinggang boleh mendedahkan strategi lawan. Kekuda mengiring dengan pinggang menghadap 90 darjah ke tepi biasanya untuk menyerang dengan tendangan. Kalau pinggang berpusing dan mendedahkan lebih bahagian belakangnya, jangkakan serangan berpusing. Manakala pinggang yang menghadap anda, biasanya akan menyerang dengan teknik tangan atau gelut. Walaupun begitu, ada pengecualian. Kebanyakan aliran dan pertandingan melarang serangan ke bahagian belakang awan. Sesetengah pelatih memalingkan belakang badan mereka ke arah lawan mereka untuk menyorok sasaran sah dan untuk menyebabkan lawan 'foul' sekiranya lawan memukul belakang mereka. Taktik murahan ini boleh memenangkan anda piala tetapi tiada markah untuk kemahiran.

Kaki

Menggunakan pandangan meluas, seseorang itu boleh mengesan tendangan yang bakal dilancarkan samada berdasarkan ketegangan atau kelambatan pada salah satu kaki lawan. Tendangan terkuat datang dari kaki belakang. Jadi, kaki belakang biasanya sedikit tegang sejurus sebelum menendang.
Kalau lawan berada di luar jarak tendangan, dia perlu terlebih dulu merapatkan jarak. Apabila dia melangkah ke depan, kaki yang ingin menendang itu menjadi sedikit terseret di belakang.

Pemahaman intelektual tentang bahasa badan adalah berguna semasa berlatih tetapi semasa pertarungan sebenar, seseorang itu mesti mengenal bahasa badan secara naluri dan ini hanya boleh dicapai melalui pemerhatian dan latihan berterusan. Lambat-laun anda akan terlupa bagaimana anda boleh nampak. Anda hanya nampak.





MENYEMBUNYIKAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN



Peraturan pertama dalam seni perang adalah bahawa semua perkara adalah tipu daya. Untuk berjaya, seorang strategis mesti belajar mengesan tipu daya musuh sambil mencipta tipu daya sendiri. Untuk menyembunyikan niat, matlamat dalaman dan kehendak kita, seseorang itu mestilah menyekat ketirisan komunikasi bukan lisan. Kita tidak dapat memanipulasi dan mengawal setiap suara, air muka dan ekspresi tubuh sepanjang masa. Walaupun mustahil untuk menyekat setiap tingkah laku, kita boleh mengawal sejumlah pergerakan kita secukupnya untuk memperdaya semua orang kecuali mereka yang tinggi kepekaannya. Ada tiga strategi umum untuk menghalang ketirisan dan memanipulasi komunikasi bukan lisan.

Strategi Raja

Satu cara untuk mencegah ketirisan komunikasi bukan lisan adalah dengan melakukan pergerakan badan seminima mungkin. Wajah menjadi topeng dengan air muka tertentu seperti konsentrasi ataupun bersahaja. Tangan bergerak setakat mana diperlukan untuk menyerang ataupun bertahan. Tubuh diam. Tiada pergerakan dibuat tanpa tujuan. Alasannya untuk meminimakan bahasa badan supaya sesiapapun tidak dapat mengesan apa-apa niat kita. Ini dikenali dengan Strategi Raja yang diambil dari pemerhatian bahawa dalam alam haiwan dan manusia, jantan atau lelaki yang paling dominan menunjukkan pergerakan badan yang paling sedikit. Kemahiaran mencegah ketirisan komunikasi bukan lisan adalah hasil pengawalan badan dan disiplin diri yang tinggi.

Strategi Badut

Strategi kedua adalah bertentangan dengan Strategi Raja. Ia melibatkan persembahan lakonan dan gerakan tanpa henti. Alasannya adalah untuk menunjukkan seberapa banyak bahasa tubuh yang mana mustahil bagi lawan untuk mengesan niat sebenar di sebalik persembahan luaran. Lawan tidak berupaya membaca gerak kita kerana terlalu banyak tingkah laku untuk ditafsirkan. Terdapat beberapa peranan yang badut boleh mainkan. Sesetengah berlagak marah, sesetengahnya membuat lawak dan usikan. Strategi ini juga mempunyai satu lagi kelebihan iaitu lawan anda akan memandang rendah keupayaan anda. Kata-kata pujangga bahawa jangan menilai buku melalui kulitnya adalah amat tepat dalam pertempuran tetapi bukan semua orang tahu tentang ini. Kalau anda berjaya membuatkan lawan anda mamandang rendah keupayaan anda, mereka cenderung kurang berhati-hati dan tindak balas mereka juga menjadi perlahan. Walaupun begitu, taktik ini menjadi sesekali sahaja.

Strategi Musang

Ini adalah strategi paling susah kerana ia memerlukan kemahiran mengawal komunikasi lisan dan bukan lisan untuk menyadur tanda yang betul dengan tanda yang palsu. Ini adalah peralatan yang bahaya dan memerlukan kebolehan berlakon. Anda memanipulasi persepsi lawan untuk membuatkannya seperti boleh membaca gerak anda tetapi apa yang dia nampak hanyalah apa yang anda benarkannya nampak. Contohnya, anda boleh menjatuhkan tangan semasa menendang. Anda melakukan ini semasa melakukan serangan palsu supaya lawan dengan mudah mengenal pastinya sebagai tanda serangan dan akan bertahan dengan menjangkakan satu tendangan apabila melihat tangan anda jatuh. Apabila anda merapatinya dengan tipu daya ini dan mengetahui bagaimana lawan anda bertindak balas kepada tipu
daya ini, anda serangnya di bahagian badan lainnya yang terbuka.

Untuk menang anda mesti kenal musuh dan diri anda sendiri. Anda boleh mengenal musuh dengan memerhatikan bahasa tubuhnya. Mengenal diri sendiri adalah untuk mengetahui bahawa anda juga berkomunikasi melalui bahasa tubuh dengan orang lain. Gunakan satu atau lebih strategi di atas untuk menyembunyikan atau mengelirukan komunikasi anda dan kemudian tunggu lawan anda membuat kesilapan.



SENI TIPU MUSLIHAT



Tipu muslihat adalah satu strategi yang sudah bertahan lama kerana alasan yang mudah iaitu ia
berkesan. Dari medan peperangan sepanjang zaman hinggalah ke lorong-lorong belakang kota-kota metropolitan, pengamal-pengamal seni beladiri telah menggunakannya untuk membantu mereka mengalahkan musuh-musuh yang lebih kuat. Konsep tipu muslihat adalah untuk melakukan teknik-teknik seperti tumbukan, tendangan, pertukaran kekuda atau lain-lain secukup sekadar untuk memperdaya musuh anda untuk beranggapan bahawa anda akan melakukan satu pergerakan penuh. Kemudian, sebaik sahaja dia bertindakbalas kepada teknik anda yang tidak penuh itu, anda lakukan sesuatu yang lain pula untuk memukulnya.

Namun terlalu ramai pengamal-pengamal seni beladiri melakukan tipu muslihat yang tidak mungkin dipercayai dan oleh itu gagal mendapat reaksi yang sepatutnya daripada lawan mereka. Untuk mencegah ini, tipu muslihat anda mestilah satu teknik yang benar-benar betul, hanya tidak sepenuhnya.
Lakukannya dengan cukup menyakinkan, dengan memasukkan sekali pergerakan badan dan malahan riak muka. Lawan anda akan memberi reaksi yang mana akan menyebabkannya terdedah kepada teknik kedua anda iaitu serangan yang sebenar-benarnya.

Satu tipu muslihat yang bagus juga boleh memecahkan penumpuan lawan anda dan menyebabkannya tergamam apabila dia sedar bahawa tiba-tiba teknik yang cuba dia atasi tidak lagi wujud di tempat yang sepatut ia berada. Seseorang pengamal seni beladiri yang hebat tidak semestinya seorang yang pantas, tetapi memiliki kebolehan untuk memukul lawannya bila-bila masa yang diingini, terutama apabila dia memperdaya lawannya dengan tipu muslihat yang boleh dipercayai.

Ramai orang samada membuat tipu muslihat yang lemah ataupun membuat tipu muslihat yang tidak sesuai pemasaannya. Di sini adalah beberapa tip yang boleh memajukan kemahiran tipu muslihat anda supaya menjadi sebagus pengamal seni beladiri yang hebat.

a. Buat tipu muslihat jika anda ada susulan untuk dilakukan. Amatlah mengarut sekali sesetengah pengamal seni beladiri membuat tipu muslihat yang cantik dan tidak melakukan sesuatupun kemudian. Tipu muslihat itu sendiri adalah tidak berguna dan boleh membuat kamu terdedah kepada bahaya. Tipu muslihat adalah bertujuan untuk mencipta ruang peluang. Kalau anda tidak bertindak selepas membuat tipu muslihat kerana anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan, peluang itu akan tersia-sia begitu sahaja dan anda pula mungkin berakhir dengan meludah keluar tanah yang datang dari kasut lawan.

b. Beradalah di jarak yang betul untuk apa-apa teknik anda rancang sebagai susulan. Kalau anda terlalu dekat atau terlalu jauh darinya, apa-apa pembukaan yang anda ciptakan akan tertutup
semula sebelum anda sempat memanfaatkannya. Kalau anda ingin melakukan sepak laying, janganlah anda tipu dengan pukulan siku kerana akan menjadi terlalu dekat untuk melakukan sepakan yang sempurna. Begitu juga, janganlah tipu dengan tendangan sisi apabila anda merancang untuk membuat susulan dengan hentaman kepala (headbutt). Juga perlu diingatkan bahawa kalau anda tipu terlalu jauh di luar jarak tempur berkesan anda, lawan anda akan tahu serta-merta bahawa anda hanya sedang menipu dan dia akan lebih berwaspada.

c. Tiada dua orang pun yang akan memberi reaksi yang sama kepada sesuatu tipu muslihat.
Sesetengahnya kerap terlompat-lompat seperti monyet yang dibaling sesuatu dan sesetengah yang lain pula akan hanya melihat anda seperti lembu merenung kereta yang lalu-lalang. Jumlah pengalaman dalam seni beladiri, keletihan, mabuk, ketagihan dadah dan malahan kelembaman semuanya mempengaruhi cara manusia bereaksi.

d. Pengalaman diperlukan untuk mengetahui sebanyak mana pergerakan untuk mencetus tindak balas. Lakukan sedikit sangat dan lawan anda tidak akan sedar apatah lagi bertindakbalas. Lakukan terlalu banyak dan anda pula tidak akan sempat melakukan serangan sebenar. Lakukannya terlalu jauh dari lawan anda dan dia akan hanya akan tertawakan kamu. Lakukan ujikaji untuk mengetahui apa yang paling berkesan dalam situasi yang pelbagai.

e. Jangan guna tipu muslihat terlalu banyak semasa tempur jalanan. Pengamal seni beladiri dalam gelanggang sukan tempur ada beberapa pusingan untuk menduga sesama sendiri, uji kaji dengan tipu muslihat dan meneroka teknik-teknik serangan dan belaan. Di jalanan, pertempuran biasanya bertahan beberapa saat sahaja, jadi tiada masa untuk menari-nari atau terlompat-lompat dan melakukan tipu muslihat. Anda tidak mahu memanjangkan tempoh pertempuran dari yang sepatutnya. Terbaik biasanya adalah melakukan tipu muslihat sekali dua sahaja dan tamatkan pertempuran dengan teknik susulan anda.

Latihan kemahiran tipu muslihat anda untuk pertempuran jalanan.

Berhadapanlah dengan pasangan anda dan lakukan semua tipu muslihat anda menggunakan kepala, tangan, kaki, langkah dan malahan suara. Pasangan anda hendaklah memberi maklum balas yang jujur. Kalau dia rasa tipu muslihat anda tidak cukup menyakinkan, dia harus memberitahu sedemikian. Jangan pula anda ambil hati dengan maklum balasnya dan memarahinya. Belajar dari kritik dan berusaha betulkan masalah itu.

Di sini ada beberapa helah yang anda boleh cuba. Helah-helah ini mudah sahaja.

Ubah paras serangan. Lakukan serangan olok-olok ke kaki lawan dan apabila dia bergerak untuk
menangkis, pukul dia di muka. Semakin luas paras ini, semakin sukar baginya untuk menahan serangan susulan anda. Kalau anda tidak berupaya memukul pada jarak paras yang amat luas, lakukan pada jarak paras yang kurang. Tipu dengan tumbukan lurus ke mukanya dan apabila dia mengelakkan kepalanya, lakukan tumbukan yang keras ke ulu hatinya.

Ubah sisi. Lakukan serangan olok-olok ke satu sisi badannya dan apabila dia bergerak untuk
melindungi sisi badan itu, pukul sisi badannya yang satu lagi. Sebagai contoh, lakukan tumbukan
sauk kiri ke mukanya dan apabila dia mengangkat tangan untuk menangkisnya, lakukan pukulan telapak tangan kanan ke sisi lain mukanya. Tipu tumbukan ke kanan badannya dan kemudian tendang ke kiri badannya.

Kesimpulannya, dalam mempertahankan diri tiada istilah adil. Mempertahankan diri bukan bermakna kalau musuh menumbuk dan anda juga menumbuk, kalau musuh menendang anda juga menendang. Apa yang penting anda mesti menang dan untuk menang kalau cara biasa tidak berkesan, tipu muslihat adalah penyelesaiannya. Selamat berjaya!