SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Tuesday, June 9, 2009

Teknik pecahan pukul dan lapis pukul



Setelah lama tidak mengemaskini laman blog ini saya sajikan teknik pukul dan lapis pukul Gayang Lima seperti diatas. Banyak komen dalam chatbox yang diterima dibawah. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi pandangan dan buah fikiran. Nilaian komen samada baik atau tidak hanya terpulang kepada mereka yang memberi dan membaca untuk tentukan. Dalam kita memberi pandangan dan komen, orang boleh menilai tahap ilmu yang kita ada, kalau budak budak yang bercakap, kita taulah yang dia tu mentah. Orang yang tinggi ilmunya sentiasa merendah diri dan tidak mendabik dada seolah olah dia atau guru dia yang paling 'terror' dalam dunia. Banyak yang lebih 'sudu dari kuah', guru dia tak kisah apa tapi dia yang 'over'. Ayuh, biar 'gentleman' sikit kalau betul nak komen. Nyatakan siapa kita agar boleh sama sama kita saling berkenalan.

Pada hari Selasa 2hb Jun, 2009 lepas, gelanggang Gayang Lima diatas pentas Silat Setiabakti diTaman Permata telah dikunjungi oleh 4 perguruan, Persatuan Gerak Silat Lian Malaysia yang diwakili oleh Cikgu Abot (En Ahmad Nasarudin) dan Cikgu Abdullah beserta pelatih mereka, Persatuan Yip Kin Wing Chun yang diwakili oleh Master Kahar, Persatuan Seni Silat Gayang Lima susurgalur Pak Raja Ali yang diwakili oleh Cikgu Sudirman serta anak anak buahnya dan beberapa pelatih dari Perguruan Lian Padukan. Kunjungan itu adalah atas intiatif Cikgu Abot dimana dia juga menyampaikan salam dari Guru Utama Pok Yee kepada saya. Wa'alaikumsalam wbt. Cenderahati berupa baju T rasmi PSGLM juga diberikan. Terima kasih saya ucapkan. Beberapa keping gambar juga telah diambil dan saya akan 'uploadkan' bila sudah terima nanti.

Inilah Silat turrohim dalam dunia persilatan dimana kita wajib saling hormat menghormati sesama kita. Hakikatnya, kita tahu bahawa ilmu yang kita ada 'ciput' aje. Tak usahlah nak mendabik dabik dada. Akhirnya, kita akan ditanya olehNya, apa yang telah kita buat dengan ilmu yang ada. Sebelum kita 'pergi', sampaikanlah ilmu ini kepada yang berhak. Inilah sahaja yang boleh kita sumbangkan kepada Agama, Bangsa dan Tanahair. Semoga Allah redha. Ameeeen !

No comments:

Post a Comment