Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...
Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi
Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi
Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi
Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi
Saturday, January 23, 2010
Sembah Takziah
Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,
Warkah ikhlas yang tidak seperti ini adalah sebagai pengganti diri daripada patik sekalian yang kerdil sebagai rakyat Johor dan rakyat Tanah Melayu ini di utus bagi menyembahkan salam takziah kepada seluruh kerabat DiRaja dan di atas kemangkatan ke Rahmatullah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya pada hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431.
Patik sekalian juga mendoakan agar seluruh kerabat DiRaja tabah dan bersabar menghadapi ujian yang di takdirkan ini. Patik sekalian juga mendoakan agar roh Almarhum di tempatkan bersama-sama roh orang-orang mukmin yang soleh dan dirahmati ALLAH SWT.
Al-Fatihah...
Sembah taat juga patik persembahkan kepada Seri Paduka Baginda Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pertabalan Tuanku sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya. Moga Negeri Johor senantiasa makmur di bawah naungan Tuanku.
Daulat Tuanku!
Labels:
sembah takziah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment