
Saya tertarik dengan video dibawah ini dimana konsep JKD yang ditunjukkan oleh Sifu Paul Vunak (anak murid mendiang Bruce Lee) sama dengan falsafah Gayang Lima. Dia ada sebut tentang 8 'tools' iaitu senjata kita yang 8. Gaya tamparan tangan yang tidak menggenggam juga adalah salah satu cara serangan silat yang pantas dan menyakitkan (tampar beruang kata Silat Melayu Lok 9). Dalam silat buah pukul ada elemen latah, tapi bukan latah meroyan. Kita tengok bila musuh berada dalam ruang jangka dan membuat intimidasi, kita terus bagi. Tak banyak cakap. Dah bagi baru tanyalah, "apahal"? Kalau malas tanya, pergi aje. Kita sendiri boleh rasa bila situasi itu genting. Sibuk nak mengayat dan berdalih, kita yang kena belasah.
Kepada semua pembaca, saya susun sepuluh jari pohon ampun dan maaf zahir batin sekiranya ada silap dan salah dari pihak saya kepada anda semua. Ya Allah, peliharalah iman dan hati kami dari segala perkara dan prasangka yang keji...Amin Ya Robbal 'Alamin.
Demo diatas oleh Saudara Akmal dan Saudara Qawi adalah lebih kepada pecahan pukul bagi mereka yang dah lepasi khatam 4 (intermediate). Banyak video2 sebelum ni pun memaparkan teknik serupa. Pendek kata lian perlu mantap gitu. Cuma diatas ada cara pusingan 360 yang menjurus kepada ketangkasan kaki dan timbangan badan yang baik. Setiap pukul ada lapis, dalam lapis ada tunggal, dalam tunggal ada gelut dan dalam gelut kita cari nukir (mata angin). Pukul, lapis pukul, tunggal, gelut dan bergelut gelut dimana penamatnya ialah bila kepala bertemu kepala dalam keadaan seperti bersujud. Begitulah kata Ayahanda Pak Atan, yang tersirat dalam lian dan tersurat dalam nukil.
Pada Sabtu 17hb Julai, 2010 saya dan beberapa anak buah Saudara2 Husnira, Irwan, Nasir, Said dan Qawi telah mengadakan lawatan ke gelanggang Silat Gerak Lian pimpinan Guru Nazri b Husin aka Pok Yee di Segambut. Pada hari sebelumnya saya telah maklumkan pada Jurulatih Gerak Lian Segambut Saudara Abot tentang kehadiran kami. Dia tak dapat hadir untuk menyambut kami atas urusan kerja namun katanya Guru Pok Yee ada pada hari tersebut kerana kebetulan Gerak Lian mengadakan kursus untuk jurulatih pada hujung minggu tersebut. Namun dia berikan nombor talipon Saudara Adnan untuk saya hubungi.
Bila kami tiba awal dalam pukul 10 lebih, kurusus masih lagi dijalankan. Untuk tidak mengganggu majlis saya mengajak anak2 buah untuk beredar ke kawasan rekreasi di taman di mana saya tinggal lebihkurang 2 kilometer dari situ. Disana, sempatlah mereka bermain lian dan beberapa cara buah pukul.




