Saya tertarik dengan video dibawah ini dimana konsep JKD yang ditunjukkan oleh Sifu Paul Vunak (anak murid mendiang Bruce Lee) sama dengan falsafah Gayang Lima. Dia ada sebut tentang 8 'tools' iaitu senjata kita yang 8. Gaya tamparan tangan yang tidak menggenggam juga adalah salah satu cara serangan silat yang pantas dan menyakitkan (tampar beruang kata Silat Melayu Lok 9). Dalam silat buah pukul ada elemen latah, tapi bukan latah meroyan. Kita tengok bila musuh berada dalam ruang jangka dan membuat intimidasi, kita terus bagi. Tak banyak cakap. Dah bagi baru tanyalah, "apahal"? Kalau malas tanya, pergi aje. Kita sendiri boleh rasa bila situasi itu genting. Sibuk nak mengayat dan berdalih, kita yang kena belasah.
Bila dah belasah dan bergaduh, panjang pulak cerita. Balas membalas, repot merepot, macam macam jadinya. Senang cerita, tawakkal ajelah. Ingat Allah dan sabar sentiasa. Tapi, kalau nak terjadi, jadi juga. Qada dan Qadar. Kenapa...tak percaya? Mesti punya.
TMg5,
ReplyDeletekau selalu menumpang perguruan orang lain. sekarang kau menumpang si "paul vunak". G5 kau taakan lama, akan tutup kedai soon!
Mamat atas ni pengecut. Dia tumpang jugak blog orang. Tak malu.
ReplyDelete