SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Monday, January 24, 2011

Lawatan Cikgu Hashim Man

Pada hari Selasa 18hb Januari, 2011 gelanggang Gayang Lima Taman Permata menerima kunjungan Cikgu Hashim Othman, 63 tahun, seorang pengamal Lian Gayang Lima yang tersohor pada pandangan saya. Beliau berasal dari Segamat dan menetap lama di Kluang. Ceritanya pernah saya paparkan dalam blog G5 ini dimana video majlis khatam Lian 4 anak anak buahnya juga dipaparkan.

Pada pagi selasa tu beliau hubungi saya untuk berjumpa kerana kebetulan beliau berada di KL. Saya tanya berapa lama beliau akan berada disini? "Malam ni aku baliklah", katanya. Saya tanya pukul berapa, beliau kata dalam pukul 7. Saya kata "Abang Hashim baliklah esok sebab malam ni saya 'ada gelanggang' (mengajar). Anak anak buah saya pun memang nak sangat jumpa dengan Abang Hashim". Saya setuju untuk berjumpa dengan beliau petang tu dimana kami sempat bertemu dan bercerita di Wangsa Maju. Seorang anak dan tiga orang anak anak buah beliau juga ada. Saya bersyukur kerana memang ingin sangat beliau melawat dan kongsi ilmu buah pukulnya dengan kami.

Pada malam itu setelah saya perkenalkan beliau kepada anak anak buah, beliau menyuarakan pandangan peribadi beliau tentang lian buah pukul. Beliau memang cakap 'straight forward' dan takde selindung. Nasihat beliau, kalau bercakap biar benar, mana yang boleh. "Bertumbuk ni tak sampai 2 saat", sebab tu kita kena pegang lian betul betul", ujar beliau yang mengaku amat sayangkan lian dan hendak tengok permainan ini seragam dan berkesan. Ada juga beliau tunjukkan cara cara 'bertumbuk' dan serba sedikit pengalaman beliau juga diceritakan sepanjang malam itu (digelanggang dan direstoran mamak lepas latihan).

Pada akhir sesi latihan malam itu, kami bergambar kenangan (akan diuploadkan nanti) dengan beliau dimana sebuah 'tshirt' Gayang Lima juga dihadiahkan sebagai tanda kenangan dan terima kasih kepada beliau.

Suka saya nasihatkan kepada anak anak buah, pergilah jumpa dengan otai otai buah pukul ni agar banyak lagi ilmu buah pukul yang dapat ditimba dari mereka. Tak perlu dengan kehadiran saya. Mesti ada inisiatif. Kata orang puteh 'Initiative is doing the right thing without being told'.




Cikgu Hashim menerima baju T Gayang Lima sebagai cenderahati. Anak ke 6 beliau yang berbaju putih tu. Cikgu Hashim with ‘Gayang Lima’ T-shirt as a souvenir. The person wearing the white T is his 6th child.



Turutsama bergambar, Cikgu Hamidi (bertopi) dari Perguruan Setiabakti disamping anak anak buah. Together with Cikgu Hamidi (wearing cap) of Silat Setiabakti and practitioners.



Ini pula gambar yang diambil pada 4hb Januari, 2011 bersama wakil Perguruan Gerak Lian, saudara Haris yang sudi datang melawat. Terima Kasih. This picture was taken on January 4th, 2011 with a representative of Silat Gerak Lian, saudara Haris who paid a visit. Thank you.




Cikgu Hashim Man's visit


On Tuesday 18 January, 2011, Gayang Lima, Taman Permata received a visit from Cikgu Hashim Othman, 63, a practitioner Lian ‘Gayang Lima’ who is renowned in ‘Buah Pukul’. He hails from Segamat and now resides in Kluang, Johor. I have posted about him in this blog where the ‘G5 Khatam Lian 4’ video ceremony of his students were also displayed.

(Khatam = grading)

On Tuesday morning, Cikgu Hashim contacted me to meet up because he had arrived in KL that morning. I asked him how long he would be here and he replied, “I am going back tonight”. I asked “what time?” He said, at around 7pm, and I said “you must go back tomorrow Abang Hashim because tonight I will be training with my students. They really want to meet you”. He tentatively agreed before we met up in the afternoon and talked over some drinks somewhere in Wangsa Maju, KL. His son and three of his students were also present. Thankfully, he was willing to pay us a visit and share his ‘Buah Pukul’ knowledge and experiences.

On that night, after being introduced to my students, he voiced his personal views about the Gayang Lima. His words were straight forward and blunt. His advice was, “If you talk, speak the truth. Fighting lasts less than two seconds, that's why we have to hold on to Lian steadfastly ", he said and admitted that he holds dearly to Lian. He also wants to see Lian being performed in uniformity and effectively by all of us. He then showed us some techniques of fighting and also shared his fighting experiences (at the training venue and ‘mamak’ restaurant later).

At the end of the training session that night, we took some photos with him for the album. A Gayang Lima T-Shirt were also presented as a token of remembrance and gratitude to him.

I would like to encourage my students to seek the knowledge of ‘Buah Pukul’ wherever they can to learn and understand more about the art and it's secret. My presence along is unnecessary. We have our own initiatives. As the saying goes, ‘Initiative is doing the right thing without
being told '.

No comments:

Post a Comment