Semalam 22hb Februari, 2011 saya telah menerima kunjungan beberapa individu dari gelanggang Din Misai yg diketuai oleh beliau sendiri. Beberapa hari sebelum itu beliau telah hubungi saya menyatakan hasrat untuk menyerahkan cenderahati, "Sepatutnya nak ziarah awal tahun terbantut disebabkan kes kena gempak hari tu", ujar beliau dalam sms.
Saya juga ada mengingatkan diri dan anak anak buah bahwa politik pun ada dalam buah pukul dan kita kena pandai menyesuaikan keadaan. Cikgu Din kata dia buta IT namun kita nampak juga nama beliau 'dijajakan' sebagai 'kambing hitam' dalam pergeseran antara orang orang buah pukul ni (bukan G5 Pak Atan namun ada tempias). Benda ni semua dah jadi fitnahlah. Pada saya, orang yang berani meletak komen komen macam jaguh ni hendaklah bertanggungjawab mengenalkan identiti diri dia. Yang banyak kita lihat hanya 'batu api' yang pengecut.
Bagi mereka yang dah belajar dan 'terror' pulak kenalah pandai beradab dalam beradat. Saya teringat Cikgu Hashim Man cerita dan diakui Cikgu Maideen, bahwa seorang guru buah pukul (tentulah bukan Pak Atan) cakap dia orang berdua belajar dengannya, padahal tak pun. Saya tanya pula apa tindakan mereka berdua, Cikgu Hashim kata biarlah dia nak cakap apa dia suka. Takde pun dia rentan tak tentu pasal. Pada pendapat saya, sebagai orang melayu beragama islam sekurangnya kita ajak bersemuka secara baik dan selidik dulu. Yang 'Si Kitol' penyampai maklumat ni pun, selalunya ada hasad dalam hati. Kita bersandarkan syariat Nabi SAW. Wallahua'lam.
Kepada anak anak buah, saya bangga dengan pencapaian kalian. Muhasabah diri dan jaga hati. Kita belajar dari pengalaman. Nak orang hormat kita, beri penghormatan pada orang. Ada pepatah omputih (omputih lagi) “Hatred is a boomerang which is sure to hit you harder than the one at whom you throw it.”...maksudnya, kebencian itu ibarat 'boomerang' yang pasti menghentam kita dengan lebih kuat dari yang terkena balingannya.
Terima kasih Cikgu Din Misai dan juga atas inisiatif anak buah beliau Saudara Juhan.
No comments:
Post a Comment