SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Wednesday, January 18, 2012

Pengambilan Ahli Baru Gayang Lima

Sempena Tahun Baru Cina ini saya ingin mengucapkan "Gong Xi Fa Cai" kepada warga Cina samada yang Islam ataupun sebaliknya. Semoga tahun ini mendatangkan lebih rahmat dan kebaikan kepada kita semua warga Tanah Melayu yang tercinta ini.

Saya juga ingin menggalakkan para pembaca untuk mendaftar sebagai ahli Gayang Lima yang baru sempena sesi pengambilan seminggu selepas perayaan tahun baru tersebut. Jangan lepaskan peluang ini sebab penyertaan yang ramai lebih meriah dan jika ada takdirNya kita boleh adakan majlis khatam Lian 4, Lian 8, dan Lian 12 bagi para pelatih dan jurulatih baru dan lama.

Suatu yang menarik pada kali ini, para pelatih akan didedahkan dengan permainan LAGA Buah Pukul Melayu. Lengkap dengan peraturan dan alat alat ciri keselamatan tertentu, anda boleh uji kemampuan dan bina keyakinan diri untuk hadapi realiti hidup. LAGA ini dalam proses terakhir sebagai wadah pertandingan Buah Pukul Melayu dibawah sebuah persatuan yang berintegriti tinggi. Potensinya amat besar untuk di antarabangsakan kelak. Sudah tentu ada banyak peluang untuk sama sama kita raih kebaikannya melalui kursus kursus yang akan diadakan kepada yang berminat diseluruh Tanah Melayu ini dan juga dunia.

Bagi sesiapa yang berminat juga untuk 'mengambil rasa' dalam beberapa permainan buah pukul dan silat bolehlah beli majalah Seni Beladiri keluaran Februari ini. Lapan Perguruan buah pukul dan silat dibawah naungan MAGMA (Persatuan Mahaguru Seni Beladiri Malaysia) akan mengadakan kursus pendek dengan teknik teknik terbaik dari bulan tersebut hingga Mei 2012. Kos kursus hanya RM70 dan iklannya disiarkan didalam majalah tersebut.

Ayuh, jangan lepaskan peluang ini. Sama sama kita timba ilmu selagi hayat dikandung badan. Fadhilatnya amat tinggi, untuk dunia dan juga disana nanti.

1 comment: