SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Sunday, September 12, 2010

Identiti Gayang Lima


Assalamu'alaikum dan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung dan peminat Gayang Lima susurgalur Pak Atan. Pada tanggal 2 Syawal lepas saya ada bersembang dengan Cikgu Sham Kelab Melayu, Cikgu Mazlan @ Mastaring dan Saudara Abot. Kami sama sama mengucapkan syukur kerana dapat belajar buah pukul dari seorang guru yang tersohor.

Masih lagi kami ingat diperingkat permulaan belajar, Pak Atan memperkenalkan Lian 90 darjah yang sebelum itu tidak ditunjukkan hatta kepada anak anak muridnya yang lama pun. Memang sebelum belajar dengan Ayahanda, lian buah pukul yang saya lihat semua 45 darjah. Selepas majlis khatam Lian 4 kami, ada beberapa orang anak anak murid lamanya yang pertikaikan Lian 90 tu. Mereka kata Pak Atan dah ubah permainan lian ni, tak asli lagi. Kami dengar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri dan teruskan pembelajaran.

Kami kerap berulang alik ke rumah Ayahanda untuk menimba ilmu dan beliau huraikan dan beri petua permainan buah pukul yang membezakan permainannya dengan yang lain. Maksudnya, identiti Gayang Lima susurgalur Ayahanda Pak Atan ada kelainan dari segi seni dan huraian pecah pukulnya (nukir). Kerap juga saya diajukan soalan, sama tak Gayang Lima ni dengan yang lain tu. Kata Pak Atan, asal kena itulah pukul. Falsafahnya sama, terpulang kepada yang bertanya untuk nilaikan sendiri cara dan perlaksanaan buah pukul tersebut melalui video atau media lain yang banyak dipaparkan dewasa ni.

Saya diberitahu, diperingkat sekolah menengah di Kluang tu ada ramai penuntut yang belajar Gayang Lima ni dan dijemput buat persembahan dan pertandingan sana sini dibawah kendalian seorang Ustaz. Banyak juga video video yang diambil. Saya galakkan Saudara Abot untuk buka blog dan masukkan adegan adegan persembahan mereka didalamnya. InsyaAllah kita akan dapat lihat identiti Gayang Lima susugalur Pak Atan dari pecahan pukul dan lapisnya. Bak kata orang, sekilas ikan di air, kita tahu jantan atau betina. Bagaimana petua guru, begitulah laksana muridnya.






3 comments:

  1. lian 90 darjah lebih dikenali sebagai lian pusing sebelah dan masih diamalkan di mersing,terkenal dalam permainan 'Lian Paduka'

    ReplyDelete
  2. Hanya jauhari yang mengenal manikam...kan abg TM?

    ReplyDelete
  3. apa yg saya lihat lian 90 lebih pada pertahanan manakala lian 45 lebih kepada menyerang.

    ReplyDelete