Setelah meneliti dua versi ini, dipercayai versi kedua agak terhampir memandangkan beberapa perkara :
1. Beliau telah menjadi anak angkat kepada Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah(rujuk versi pertama).Persoalan yang timbul; apakah kelebihan keluarga immigran Cina Kwantung yang berhijrah ke Daik sehingga menjadi anak angkat Baginda Sultan? Perlu difahami,bahawa golongan immigran cina yang berselerak di Nusantara pada waktu itu, merupakan golongan kelas pertengahan dan bawahan sebagai peniaga,pelombong,peladang,pelaut,buruh kasar dan tidak kurang juga sebagai pengawal upahan. Adalah menjadi satu perkara yang janggal apabila Sultan yang merupakan Kepala Jajahan Takluk Riau-Lingga mengambil beliau sebagai anak angkat baginda. Jikalau ada golongan immigran Cina yang rapat dengan pemerintahan monarki melayu pada waktu itu, ia hanyalah golongan hartawan perniagaan dan perlombongan,kepala kapitan cina dan kongsi gelap serta pegawai suruhan penjajah Belanda. Tetapi, tidak ada sebarang bukti dan penjelasan pasti, berkaitan ayah Awang Daik sebagai orang kanan diraja atau pendatang cina yang terkenal.
2. Sekiranya kita menerima bahawa Almarhum Awang Daik adalah anakanda Yamtuan Muda Raja 'Ali II, keakraban yang berlaku diantara Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah dan Beliau tidak perlu diragui, memandangkan Sultan Mahmud IV adalah Sultan Riau-Lingga pada zaman Yamtuan Muda Raja 'Ali II (Malah, selepas Yamtuan Muda Raja 'Ali dilantik belanda pada 26 Jun 1844, Baginda telah dimasyhurkan oleh Sultan Mahmud IV Muzafar Syah sendiri sebagai Yamtuan Muda pada 20 Julai 1845). Sudah menjadi adat kebiasaan Raja-raja Melayu dahulu kala untuk mengambil anak angkat dari golongan diraja dan bangsawan. Untuk kes Kerajaan Liau Lingga, perlu difahami bahawa keakraban ini memang jelas kerana kebanyakan keturunan Yamtuan Muda memang banyak berkahwin dengan kerabat diraja Johor-Riau-Lingga. Sudah tentu untuk kes Almarhum Awang Daik, beliau sangat rapat dengan kerabat diraja sejak zaman Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah sehinggalah kepada zaman kegemilangan Johor dibawah tampuk pemerintahan Sultan Sir Maharaja Abu Bakar dan anakandanya YTM Paduka Sri sultan Sir Ibrahim Johor Al Masyhur. Setiap pengawasan,keprihatinan,penjagaan,penganugerahan pangkat serta jawatan yang tinggi didalam kerajaan Johor membuktikan beliau bukan seorang anak immigran Cina atau Orang Biasa, Sebaliknya beliau sudah tentu mempunyai darah kekerabatan Diraja Johor-Riau-Lingga.
3. Terdapat penekanan dari Keturunan awang Daik (Rujukan: Khatijah binti abu Bakar bin awang Daik dan En. Aqil bin Abu Kassim) bahawa Almarhum awang Daik berketurunan darah diraja, dan mereka tidak bersetuju dengan versi yang pertama. Ini dikukuhkan dengan tahun kelahiran Almarhum Awang Daik iaitu pada tahun 1839,sewaktu Baginda Yamtuan Muda Raja 'Ali II masih hidup. Kita juga boleh merujuk perkahwinan antara Almarhum Awang Daik dengan Daeng aminah Daeng Dolok yang mana Daeng Aminah ini adalah anak angkat baginda Sultan Mahmud IV. Perkahwinan ini menjadi bukti keakraban anak beranak jurai kerabat diraja, apalagi Sultan Mahmud IV Muzaffar Syah telah berada di Singapura sejak 1857 hingga 1861, sudah tentu berlaku pesan memesan antara kerabat, terutama kepada kerabat sultan Ali bin Sultan Hussein (kerana sultan Mahmud IV telah berkahwin dengan Tengku Ampuan Tengku Maimunah,yang merupakan cucu Sultan Hussein) untuk menjaga kebajikan Awang Daik sebagai anak-anak raja selepas beliau berhijrah ke Singapura pada tahun 1882.
Pada tahun 1882, beliau telah berpindah ke Kampung Gelam(Kampung Gelam adalah kawasan kerabat diraja Sultan Ali bin Sultan Hussein) dari Daik kerana tidak menyukai pemerintahan penjajah Belanda. Pada Tahun 1884, Awang Daik telah bekerja sebagai Kerani Pejabat Kerajaan Johor. Pada tahun 1888, beliau telah menjadi inspektor polis di Muar(Dipercayai pada masa ini beliau akrab dengan Pak Long Md Yassin). Pada Tahun 1906, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Endau. Seterusnya, pada tahun 1915 menjadi pesuruhjaya dan Hakim daerah Mersing sehinggalah bersara pada tahun 1920. Pada tahun 1933, Awang Daik telah meninggalkan dunia dan disemadikan di perkuburan At Tahiriyyah Mersing. satu kisah menarik yang berlaku selepas pemergian Almarhum dimana Sultan Sir Ibrahim Johor ketika itu Murka kepada Muhammad bin Mejar Aqil sehingga menurunkan jawatan beliau dari Mejar kerana tidak memaklumkan kematian AlMarhum Awang Daik. Sememangnya hubungan akrab antara Baginda Sultan Sir Ibrahim dan Almarhum Awang Daik tidak perlu disebutkan lagi, bahkan Baginda sendiri berkenan untuk mempelajari permainan buah pukul ini dari Awang Daik,sehingga diceritakan baginda bermain di atas meja dek kerana Daulat baginda.
salam. saya mohd zawawi bin zakaria bin yusof bin amat bin awang daik. tengah mencari susur galur keluarga. di harap kita dapat ketemu. keluarga kami ada di pekan pahang. dan datuk saya yusof dan moyang saya amat di kebumikan di perkuburan kg marhum. pekan. serta ramai lagi keturunan awang daik di kebumikan di situ.
ReplyDeletesaya cicit awang daik
ReplyDeletesaya pon cicit awang daik...
ReplyDeleteAwang Daik merupakan moyang saudara saya di mana moyang saya merupakan adik kepada Awang Daik. Gambar beliau masih ada dlm simpanan keluarga saya.
ReplyDeleteakm. keturunan awang daik; ramai di Pulau Tambun? tq.
ReplyDeleteSAYA CICIT AWANG DAIK.
ReplyDeletesaya pun cicit awang daik.
ReplyDeleteAss. semua saudara seumat Nabi Muhamad, sesunggohnye kitelah insan yang selalu leka.
ReplyDeletejauh sekali terkeliru tuan hamba semua dalam menjabarkan asal usul. AWANG DAEK nama batang tumbohnya ialah TENGKU ABU BAKAR ibni TENGKU OSMAN EMBONG ibni SULTAN MUHAMAD SHAH ibni SULTAN ABDURRAHMAN ibni SULTAN MACHMUD RIAYAT SYAH Sultan akan JOHOR RIAU DAN PAHANG yang bermastautin di LINGGA .
ia merupakan anak saudara dari Sultan Machmud Muzzafar syah , karena TENGKU OSMAN EMBONG yang juga BERGELAR PANGLIMA RETEH dan TENGKU SULUNG merupakan adik Sultan. Wallahuaklam..
assalamualaikum ,saya tak pasti saya bernasabkan almarhum awang Daik tapi saya jumpa hikayat orang2 tua keluarga saya di Bukit Sekilau yg bercerita perihal nenek moyang kami 8 bersaudara lari dari Daik ke Pahang,khabarnya ada kaitan dgn kerabat Lingga lalu sampai sekarang diangkat rapat oleh istana Pahang. kisahnya mereka melarikan diri untuk menyelamatkan adik perempuan mereka yg akan diambil raja. mereka naik kapal malam2 lalu berlayar sambil mengajar agama di Kelantan, Terengganu dan Hulu Pahang sebelum menetap di Pekan khususnya di Kg Padang Polo, Mengkasar, Serandu, Tg Selangor dan lain2 area, generasi kontemporari sudah ramai berhijrah ke Kuantan atau Lembah Kekang.. saya dimaklumkan ada saudara yg digelar Abang Jo (Johari) memegang salasilah keluarga di Kuantan tapi tak pernah lagi bersua.. siapa-siapa boleh bantu
ReplyDeletesaya cicit almarhum awang daik. arwah nenek dan datuk saya , adalah anak kpd almarhum.
ReplyDeleteAssalamualaikum ... saya juga cicit kepada almarhum awang daik ... nenek saya ... arwah Puan Sri Azizah bt Awang, isteri kepada arwah Tan Sri Ahmad bin Hj Husin ... saya anak sulong kepada Dato' Zahani bin Tan Sri Ahmad ... Nama saya Norliza ... panggil aje Kak Iza (umur = 53 tahun)
Deletesaya cicit awang daik.
ReplyDeleteAssalamualaikum ... saya cicit Almarhum Awang Daik. Arwah nenek saya, Puan Sri Azizah bt Awang, isteri kepada arwah Tan Sri Ahmad bin Hj Husin. Ibu nenek saya bernama Haliyah ...
ReplyDelete