SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Saturday, February 26, 2011

Sejarah Beladiri Malaysia

Pada tanggal 29hb Januari 2011, telah termeterai 'memorandum of understanding (MOU)' diantara MAGMA (Malaysia Martial Arts Grandmaster Association) atau Persatuan Mahaguru Seni Beladiri Malaysia dengan OIUCM (Open International University for Complimentary Medicines) untuk memartabatkan seni silat kita sebagai wadah ilmu yang mendapat pengiktirafan hingga ke peringkat yang tertinggi. Acara itu juga dihadiri oleh lima wakil dari Persatuan Pencak Silat Singapura

Butir butir lanjut tentang perjanjian itu layak diwartakan sendiri oleh Dr. Guru Azlan Ghanie sebagai insan yang bertungkus lumus menjadikan semua ini satu kenyataan dan sejarah untuk negara kita yang tercinta sebagai Pusat Beladiri Dunia.

Pendek kata, anak anak kita bolehlah belajar silat hingga ke menara gading.

Kain rentang upacara MOU tersebut



Upacara tandatangan


Para guru guru yang terlibat



Piagam Beradat sebagai lambang ukhwah dari Persatuan Pencak Silat Singapura



Gambar bersama Kru Jak Othman Bersama abang Kamaruddin dari Lok 9




Tuesday, February 22, 2011

Cenderahati

Semalam 22hb Februari, 2011 saya telah menerima kunjungan beberapa individu dari gelanggang Din Misai yg diketuai oleh beliau sendiri. Beberapa hari sebelum itu beliau telah hubungi saya menyatakan hasrat untuk menyerahkan cenderahati, "Sepatutnya nak ziarah awal tahun terbantut disebabkan kes kena gempak hari tu", ujar beliau dalam sms.

Saya juga ada mengingatkan diri dan anak anak buah bahwa politik pun ada dalam buah pukul dan kita kena pandai menyesuaikan keadaan. Cikgu Din kata dia buta IT namun kita nampak juga nama beliau 'dijajakan' sebagai 'kambing hitam' dalam pergeseran antara orang orang buah pukul ni (bukan G5 Pak Atan namun ada tempias). Benda ni semua dah jadi fitnahlah. Pada saya, orang yang berani meletak komen komen macam jaguh ni hendaklah bertanggungjawab mengenalkan identiti diri dia. Yang banyak kita lihat hanya 'batu api' yang pengecut.

Bagi mereka yang dah belajar dan 'terror' pulak kenalah pandai beradab dalam beradat. Saya teringat Cikgu Hashim Man cerita dan diakui Cikgu Maideen, bahwa seorang guru buah pukul (tentulah bukan Pak Atan) cakap dia orang berdua belajar dengannya, padahal tak pun. Saya tanya pula apa tindakan mereka berdua, Cikgu Hashim kata biarlah dia nak cakap apa dia suka. Takde pun dia rentan tak tentu pasal. Pada pendapat saya, sebagai orang melayu beragama islam sekurangnya kita ajak bersemuka secara baik dan selidik dulu. Yang 'Si Kitol' penyampai maklumat ni pun, selalunya ada hasad dalam hati. Kita bersandarkan syariat Nabi SAW. Wallahua'lam.

Kepada anak anak buah, saya bangga dengan pencapaian kalian. Muhasabah diri dan jaga hati. Kita belajar dari pengalaman. Nak orang hormat kita, beri penghormatan pada orang. Ada pepatah omputih (omputih lagi) “Hatred is a boomerang which is sure to hit you harder than the one at whom you throw it.”...maksudnya, kebencian itu ibarat 'boomerang' yang pasti menghentam kita dengan lebih kuat dari yang terkena balingannya.

Terima kasih Cikgu Din Misai dan juga atas inisiatif anak buah beliau Saudara Juhan.


Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul







Tala'al-Badru 'alayna,
min thaniyyatil-Wada'
wajaba al-shukru 'alayna,
ma da'a lillahi da'

O the White Moon rose over us
From the Valley of Wada'
And we owe it to show gratefulness
Where the call is to Allah

Ayyuha al-mab'uthu fina
ji'ta bi-al-amri al-muta'
Ji'ta sharrafta al-Madinah
marhaban ya khayra da'

O you who were raised amongst us
coming with a work to be obeyed
You have brought to this city nobleness
Welcome! best call to God's way

Tala'al-Badru 'alayna,
min thaniyyatil-Wada'
wajaba al-shukru 'alayna,
ma da'a lillahi da'

Sunday, February 13, 2011

Blogger dalam Majalah SB, Mei 2009







(m/s 42 - Saidina Samaon)
(m/s 43 - Seingat blogger, nama guru Sunting tu Pak Mat)




(m/s 47 - Puan Rozilah Ishak berasal dari Kluang, Johor)




Saturday, February 5, 2011

Raja Buah Pukul

(Tulisan dalam blog ini saya olah semula dari yang asal atas kesedaran saya tentang kekerdilan saya sebagai hamba Allah)

Siapa Raja Buah Pukul?

Yang pasti pada saya, Raja Buah Pukul bukan seorang individu dari selatan, utara, timur atau barat yang mengaku atau diakui oleh orang lain berdasarkan andaian mereka. Hak masing masing. Orang yang didakwa sebagai Raja Kungfu pun ditakdirkan mati juga macam kita semua nanti. Muhammad Ali pula digelar 'The greatest boxer of all time'. Legasi yang mereka tinggalkan amat besar dan bermunafaat kepada kita.

Susugalur Gayang Lima atau Buah Pukul Mersing dari Saidina Samon AlRadzi hingga ke sekarang ni telah melahirkan ribuan atau jutaan pengamal. Ada yang hanya belajar dan amal sendiri dan ramai juga yang di takdir menjadi pewaris untuk mengajar dan perkembangkan ilmu yang baik untuk dunia dan akhirat ini. Begitu juga guru guru silat dan pejuang pejuang Islam yang berkorban jiwa raga demi agama tercinta yang meninggalkan nama yang harum serta ilmu yang tak ternilai buat pedoman kita semua. Semoga Allah redha kepada mereka sekalian. Ameen.

Semasa Cikgu Hashim Man dari Kluang datang melawat gelanggang G5 di Taman Permata KL, saya ada katakan pada anak anak buah saya "pada hemat saya Cikgu Hashim ni layak digelar raja buah pukul". Luahan itu berdasarkan pengalaman hidupnya yang banyak terlibat dalam pergaduhan ala 'streetfight' dan juga tentang cerita beliau yang banyak saya dengar dari pihak yang lain. Bila saya menulis tentang kehadirannya digelanggang latihan kami, saya hanya menyebut bahwa beliau seorang ahli buah pukul "yang tersohor pada pandangan saya".

Jadi siapa Raja Buah Pukul?

Permainan buah pukul ni banyak alirannya seperti Pukulan Buah Melaka, Sendeng, Kuntao, Tomoi dan lain lain. Untuk memberi penilaian yang patut dan adil tentang Raja Buah Pukul ini, saya hanya akan menyentuh tentangnya dalam konteks Gayang Lima sahaja. Ilmu Allah ni luas dan saya hanya belajar buah pukul dari Ayahanda Pak Atan seorang sahaja. Alhamdulillah, beliau memang 'Grandmaster of buah pukul'.

Semasa latihan mingguan seperti biasa, ada juga saya berbincang secara spontan tentang isu ini dengan anak anak buah saya. Dalam perbincangan tersebut banyak la juga yang saya gosipkan (teruk betul). Namun dalam perbincangan tersebut saya dapat jawapan dan ia sebenarnya peringatan dari saudara Irwan dimana saya setuju dengannya 100% bahwa...

Raja Buah Pukul ialah LIAN.

Lian itu Pukul, Pukul itu Lian dan Lian itulah Guru Kamu...

Lian itu Raja Buah Pukul.


p/s Selamat Pengantin Baru kepada Saudara Irwan dan Permaisuri tercinta . Semoga kekal bahgia hingga keSyurga. Ameen Ya Robbal 'Alamin. (gambar 2)


King of ‘Buah Pukul’

King of ‘Buah Pukul’ a.k.a King of Fist, King Combat, King of Fighters, King of Martial Arts, etc

(I was ‘recalled’ to rewrite the blogpost as a humble person who serve the Al-Mighty God)

Who is the King of ‘Buah Pukul’?

To my mind, the King of ‘Buah Pukul’ is not an individual who comes from the south, north, east or western region claiming or is recognized by others based on their assumptions. Everyone is entitled to their own opinion. The King of Kung-Fu also dies like all of us will. Muhammad Ali is known as 'The greatest boxer of all time' and surely, the legacies they leave behind are so beneficial to us.

Gayang Lima a.k.a Buah Pukul Mersing linkage which originated from Saidina Samaon Al-Radzi has until now produced thousands or even millions of practitioners. There were practitioners who learned for self fulfillment and also many of them fatefully become Gurus. They constantly teached and expanded this martial art for the sake of this world and the hereafter. Silat masters and muslim fighters sacrificed their blood and soul in the name of our beloved religion. Everyone had left a good name and invaluable knowledge as a guidance to us all. May Allah’s blessings be upon them, Ameen.


During Cikgu Hashim Man from Kluang’s visit to our G5 training court in Taman Permata, Kuala Lumpur, I said to my students, "In my opinion, Cikgu Hashim is the King of ‘Buah Pukul’." The claim was based on his life’s experiences having been involved in countless streetfights and also from stories that I have heard from many others. When I wrote about him the last time, I only said that he is a “renowned exponent of ‘buah pukul’.”

So who is the King of ‘Buah Pukul’?

The fighting arts of ‘Buah Pukul’ in Malaysia have several genres such as Pukulan Buah Melaka, Sendeng, Kuntao, Tomoi and others. To provide a proper and fair assessment to the King of ‘Buah Pukul’, I will only touch on it in the context of Gayang Lima alone. Allah’s knowledge is bountiful and unlimited and I only learned ‘G5 buah pukul’ from Ayahanda Pak Atan. Alhamdulillah, he is truly ‘GrandMaster of Buah Pukul'.


During last week’s training, I have talked spontaneously about this issue with my students. In the discussion ‘and also gossips’, I found out that the answer, which is also a reminder from saudara Irwan where I agree 100% that ...

The King of ‘Buah Pukul’ is LIAN.

Lian is Combat, Combat is Lian, and the Lian is your Guru...

Lian is The King of ‘Buah Pukul’.


p / s Congratulations to Irwan and his beloved queen on their recent marriage. May you live happily together foreverafter, Ameen Ya Robbal 'Alamin. (picture 2)