SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Thursday, January 26, 2012

Salam Takziah Dari Gayang Lima



Kami dari Akademi Gayang Lima bagi pihak Persatuan Seni Silat Gayang Lima susurgalur Pak Atan Airbatu merakamkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Nasaruddin Mansur @ Guru Abot yang telah kembali ke Rahmatullah pada Khamis, 26hb Januari 2012 bersamaan 2 Rabi'ulawal 1433H. Begitu juga kepada warga Pertubuhan Gerak Lian Malaysia dibawah pimpinan Guru Nazri @ Pok Yee yang telah kehilangan sebutir permata lian buah pukul yang hebat.

Sama samalah kita doakan semoga Roh Allahyarham ditempatkan di Syurga di sisi para Solihin dan Syuhada. Ameen Ya Robbal'Alameen.

1 comment:

  1. Al Fatihah untuk Cikgu Abot.. walaupun tak sempat belajar dengan beliau, tapi pertemuan dengannya semasa menjengah gelanggang Segambut masih di dalam ingatan.

    ReplyDelete