Nama buah pukul Mersing amat sinonim dengan pengamal pengamal buah pukul di Mersing, Johor. Ianya tidak dinamakan buah pukul Yunnan kerana di Tanah Melayu ni, di Mersing lah tempat mula mula permainan ini bertapak. Seterusnya ia berkembang di kawasan Pantai Timur Semenanjung dan Pahang dan diberi pelbagai nama antaranya, Buah Timur, Lian Yunnan, Lian Kwantung, Gerak Lian, Lian Paduka, Gerak Singkir, Lian Padukan, Gayang Lian dll.
Nama Gayang Lima telah dipilih oleh Almarhum Pak Sani Samah, salah seorang guru kepada Almarhum Pak Atan Airbatu setelah disaran oleh Pak Atan sendiri pada tahun 1978. Nama ini digunakan kerana menurut Pak Sani, apabila permainan ini dibawa keluar dari bumi Mersing, tak perlu lah nama Buah Pukul Mersing digunakan. Saranan ini juga dipersetujui oleh beberapa guru guru tua di sana.
Namun apabila kita bercerita tentang Gayang Lima ini, tidak dapat tidak kita akan bercerita bahawa lian buah pukul ini berasal dari Yunnan, China dan dibawa oleh seorang pedagang berbangsa Arab ke Tanah Melayu tercinta ini.
Bagi orang orang Mersing yang merantau ke luar daerah tersebut, jika mereka hendak menggunakan nama ini sebagai nama perguruan mereka, itu terpulang kepada mereka. Bagi yang menggunakan nama lain sebagai nama perguruan kepada Buah Pukul Mersing ini, ia memudahkan dari segi pentadbiran dan pendaftaran. Maklum sajalah jika kita hendak berdaftar menggunakan nama Buah Pukul, bahagian pendaftaran akan 'reject' sebab ganas bunyinya.
Bila kita tengok ada terlalu banyak nama nama perguruan silat dan buah pukul di Tanah Melayu ini, kita harus raikan dengan gembira kerana percambahan ini menunjukkan bahawa silat Melayu diminati dan terus berkembang. Faktor penyatuan dan semangat bagi segala semua perguruan ini ialah Tauhid dan Syahadah. Kepada Allah berserah.
Animasi - Teknik Gayang Lima - 8
Lanjutan dari Tenik G5 ke 7 baru baru ini lihat satu lagi teknik susun pukul oleh Cikgu Doc Fairuz untuk tatapan dan kajian pembaca. Selamat mencuba.
Teknik diatas secara video boleh di tonton di Youtube (klik sini) |
assalamu'alaikum.sejak dari dulu saya memang tertarik dengan 'gayang lima'..majlis khatam mereka pon sya hadiri..sya memang minat sangat dengan gayang lima..ia antara impian saya untuk belajar main lian ni..tapi sayang...saya tidak berpeluang untuk menuntut..dulu semasa saya di muar johor setahu saya ada 3 - 4 gelanggang dibuka..sekarang saya sudah di melaka..kalau tidak keberatan,boleh ke sya tau,di sekitar negeri melaka ni ada ke gelanggang untuk seni silat ini..jika ada..di mana lokasi nya.
ReplyDelete