Lian itu Pukul, Pukul itu Lian, Lian itulah guru kamu. Kata kata ini selalu disebut oleh Almarhum Ayahanda Pak Atan. Dalam Persatuan Seni Silat Gayang Lima (PSSGL), beliau memberi huraian PSSGL sebagai Pergerakkan Suci Seluruh Gerak Langkah atau Pergerakkan Sempurna Seluruh Gerak Langkah. Lian juga bermaksud latihan yang berterusan, menurut nurut atau kesinambungan.
Bila kita mengamalkan Lian, ia adalah satu kaedah atau amalan yang menuju kepada sesuatu yang lebih baik dalam membina kemahiran dan jati diri kita sendiri tanpa ada penamatnya. Sebab itu kita juga selalu lihat bahawa pengamal pengamal Lian boleh mengolahkan permainan mereka mengikut kesesuaian fizikal, mental dan naluri. Mereka juga mampu menggunakan pelbagai jenis senjata seperti tekpi, keris, kerambit, belati, selengan dll yang diasimilasikan dengan pergerakkan Lian tangan kosong yang diamalkan. Istilah permainan atau beladiri luar yang dipadukan dengan Lian tidak timbul kerana Lian itu sendiri satu kesempurnaan.
Menurut kata Kiyai Embah Seran iaitu seorang sahabat kepada Kiyai Panglima Salleh iaitu, "Alah ilmu dengan petua, alah petua dengan nafas, alah nafas dengan haq, bercantum semuanya dalam Lian. Lian yang dimaksud semua bersatu dengan gerak dengan izin Allah Ta'ala." (petikan dari majalah Seni Beladiri edisi Mei 2007).
Animasi - Teknik Gayang Lima - 7
Dalam Gayang Lima, pelajar yang khatam permainan Lian pada peringkat yang tinggi akan diajar petua dalam bermain buah pukul. Istilah permainan buah pukul ini adalah menyusun pukul dan lapis pukul dengan berterusan antara dua orang atau lebih. Susun pukul yang terdapat dibawah ini dikoreografi oleh Cikgu Doc Fairuz.
Dalam Lian, pukulan boleh datang dalam berbagai bagai cara dan arah. Kaedah susunan pukul ini mengambil kira kepelbagaian dalam kedudukan dan buah pukul para pengamal. Sudah tentu semua ini ada dalam Lian juga. Selamat mencuba.
Video susu pukul diatas boleh ditonton diYoutube (klik) |
No comments:
Post a Comment