SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Thursday, September 18, 2008

Gayang Lima dalam Majalah Seni Beladiri Oktober 2008


Akhirnya, ditakdirkan jua Seni Silat Gayang Lima menghiasi muka depan dalam majalah Seni Beladiri edisi bulan Oktober, 2008. Sekurang kurangnya segala penat lelah dan pengorbanan Ayahanda Pak Atan selama lebih setengah abad mendapat pengiktirafan sebagai satu lagi bahan sejarah untuk tatapan umum dan generasi yang akan datang.

Niat dihati yang selama ini terpendam terkabul juga, Alhamdulillah. Terima kasih saya ucapkan kepada team Majalah Seni Beladiri pimpinan Guru Azlan Ghanie, Cikgu Fuad, Guru Dahlan Karim dan semua mereka yang terlibat dari segi inisiatif mengadakan pertemuan, memberi dan menerima maklumat sehingga terbit satu lagi bahan ilmu dalam khazanah dunia persilatan Melayu.

Ada ramai lagi anak anak buah Pak Atan yang otai tetapi tidak disebutkan nama mereka dalam artikel tersebut seperti Cikgu Haroon Salim, Cikgu Mat Kecik, Cikgu Man Putupiring, Cikgu Irwan, Cikgu Sham, Cikgu Mazlan dan lain lain. Saya sebutkan nama nama mereka dalam blog sebagai pengiktirafan dimana secara langsung saya pernah mendapat tunjuk ajar dan berlatih bersama sama dengan mereka. Tidak lupa juga kepada Guru Raja Ali yang pesat mengembangkan Gayang Lima diBatu Pahat dan pelusuk Negeri Johor.

Mengikut sejarah Gayang Lima pernah diajarkan kepada askar Timbalan Setia Negeri Johor pada zaman Alamarhum Sultan Ibrahim oleh Allahyarham Awang Daik sekitar tahun 1920an. Askar TSNJ masih wujud sekarang ini sebagai pengawal Istana Kesultanan Johor. Allahyarham bapa saya pernah menjadi Pegawai Pemerintah disana dari tahun 1962 hingga 1980. Namun sejak sebelum perkhidamatan beliau lagi sudah tidak ada kesinambungan ilmu Buah Pukul Gayang Lima dalam TSNJ. Adalah menjadi hasrat saya agar zaman kegemilangan Gayang Lima kembali menjadi amalan dan silibus dalam TSNJ.

Sesuai dengan pegangan kita umat Islam, Kepada Allah Berserah. Yang tersirat pasti akan tersurat. Wallahua'lam.

Monday, August 25, 2008

Short Silat duel for Astro TV

On 15th August, 2008 Cikgu Hamidi of Akademi Silat Setiabakti and I went for a 'shooting' of a short advertisement scene which will be shown on Astro TV. In general it will be aired to promote Malay movies and dramas in their respective channels. There are many imaginary scenes and this silat duel is one of them.

The production house's scene director wanted it to start with a flying kick. Since there's no flying kick in Silat, I went for a straight kick which Cikgu Hamidi swayed away from. Nevertheless, it's a good 1st time experience for us and hopefully, the scene will turn out nice on TV.

The video below was taken during our rehearsal of the scene which we guessed might be in line with the nature of the ad. It was taken in two angles but sadly for us both, we didn't get somebody to record it on my camera when we performed the actual act before the blue screen background.


Monday, August 11, 2008

Penjualan VCD gayanglima@blogspot Vol. 1

VCD persendirian gayanglima@blogspot Vol. 1 sudah mula di jual melalui pos.

Durasi : 33 minit
Harga : RM20 termasuk belanja pos (Malaysia sahaja)


CARA PEMBAYARAN

Cara 1) Sila hantar cek atau wang pos RM20 atas nama Tengku Musa Bin Tengku Abd Jalil ke alamat
No. 10 Jalan Udang Gantung, Taman Sri Segambut, 52000 Kuala Lumpur.
Tuliskan Nama dan Alamat Anda diatas sekeping kertas dan sertakan
bersama sama dengan cek/wang pos tersebut.

Cara 2) Masuk atau pindahkan RM20 melalui mesin ATM Maybank ke nombor
akaun 164016-954323 di atas nama Tengku Musa TAJ.
Sila tuliskan nama dan alamat anda dibelakang slip tersebut dan poskan
ke alamat di atas (Untuk rekod, anda boleh fotostat dan simpan salinannya).

Cara 3) Jika anda menggunakan Maybank2u.com catatkan alamat
'buahpukul@gmail.com' pada transaksi pindahan wang.
Sila SMS (VCD) (Nama) (Alamat) ke 016 2914899.

Penghantaran akan di buat setelah transaksi pembayaran disahihkan.

Sekian. Harap maklum.

Dibawah ini adalah kompilasi pelbagai pukulan dan lapis pukul yang terdapat di dalam VCD yang merangkumi gaya gerak perlahan untuk mudah dihayati dan difahami :










Thursday, July 24, 2008

Pukul, Lapis Pukul dan Jatuhan Lian



Dalam klip video sebelum ini Fairuz (kanan) dijatuhkan oleh Zahir melalui lapis pukul luar dan terjahan kaki kiri ke luar kaki kanan Fairuz. Pada kali ini, Fairuz pula melapis pukulan Zahir. Dia kemudian menarik Lian 1, senjata yang pada hemat saya membezakan Gayang Lima dari senibeladiri yang lain.

Klip ini juga akan diselitkan dalam video yang akan dijual nanti. Dalam permainan buah pukul yang sebenar, sesuatu pertarungan akan selesai dalam masa beberapa saat sahaja. Namun, dalam Lian terselit seni pukul yang tersendiri dan perlu diterjemahkan oleh guru agar nampak keindahannya. Ia tidak habis, sentiasa ada sahaja turutan dan lanjutan pukulan dan lapisan pukul sehebat silat itu sendiri yang hidup lagi menghidupkan.

Wassalam.

Saturday, July 19, 2008

Pukul, Lapis Pukul dan Jatuhan



Kalau Tuan pergi ke Tanjung
Carikan saya ketam ragi
Hidup kita jangan sombong
Suatu hari di telan bumi

Pantun di atas diberi oleh Guru Ayahanda Pak Atan di dalam warkahnya kepada saya pada bulan Jun 2008. Didalam warkah tersebut dia juga berpesan agar perturunkan ilmu ini kepada anak bangsa kita, iaitu orang orang Islam.

Video di atas adalah salah satu daripada cara cara permainan buah pukul didalam Gayang Lima. Ia akan dimuatkan dalam bentuk VCD video Buah Pukul Gayang Lima yang akan saya jual nanti. Harganya RM20. Kualiti gambar tidak professional namun kualiti isi nya InsyaAllah bermunafaat, termasuk semua yang pernah saya upload dalam youtube.

Ada 1001 cara yang kalau kita betul betul kenal dengan Lian yang juga Guru kita, kita akan tahu bahawa ilmu ini sangat luas. Wallahua'lam. Sebagai tenaga pengajar, banyak yang saya tak tahu namun apa yang saya tahu akan pasti saya curahkan.

Kedua dua pelatih Fairuz (kanan) dan Zahir baru jalani 3 sesi pelajaran Gayang Lima sebelum video di atas diambil. Dalam dunia yang mencabar sekarang ini, masa amat penting dan ilmu buah pukul patut dicurahkan dengan padat agar berkesan. Walaubagaimanapun, Lian mesti mantap. Tidak ada jalan pintas. Wassalam

G5 Silat stances and Orang Kayu G5 hit pics











Sunday, June 15, 2008

Kelas Pertama Gayang Lima di KL

Semalam, Sabtu 14/06/2008 bermula sesi pertama kelas Buah Pukul Gayang Lima. Alhamdulillah, 3 orang peserta menyertai kelas tersebut di iringi oleh sokongan dari beberapa ahli silat Setiabakti termasuk Guru Dahlan Karim.

Saya agak teruja juga dengan pencapaian penuntut2 baru Gayang Lima itu sebab mereka boleh menggayakan lian 1 dengan agak baik untuk orang yang baru belajar. Kalau saya dulu teruk dan sumbang sangat. Itu semua takdir Allah berkat Selawat dan AlFatihah yang disedekahkan kepada Rasulullah SAW dan seluruh umat Islam termasuk doa agar permainan ini sebati dan kekal dalam diri. Memang hasrat saya agar mereka menjadi penuntut yang baik dan kalau lebih baik dari saya nanti lagi bagus. Kita mesti usaha untuk mertabatkan dan hebatkan lagi ilmu persilatan sesuai dengan keadaan zaman yang serba mencabar sekarang.

Guru yang mengajar silat mengajar dengan ikhlas, InsyaAllah. Namun, ada yang bertanya jika ilmu itu diajar dengan ikhlas, mengapa perlu di bayar yuran? Itu yang terjadi kepada banyak guru guru tua persilatan, termasuk guru saya sendiri ayahanda Pak Atan. Pada umur lebih 70 tahun dia terpaksa bekerja untuk sara diri. Bila mata dia sudah tak awas, dia tinggal dirumah dan isteri dia pula bekerja. Umur dia sekarang 80 tahun. Anak anak murid lama banyak yang dah bawa diri dan segelintir yang tinggal hanya mampu membantu sekadar yang mampu. Secara am, ramai orang yang belajar silat hanya nak belajar 'free' tanpa fikirkan bahawa lampu, sewa rumah, air kopi dan air untuk istinjak semua perlu dibayar oleh guru tersebut. Memang ilmu yang dicurahkan oleh guru berkenaan kekal berkat hingga ke akhirat namun anak anak murid yang dah berada sikit, dah ada kereta proton ker atau pendapatan yang selesa wajib kenang jasa guru guru tersebut. Jika seorang beri RM10 sebulan pun kalau seratus orang dapatlah guru tu RM1000. Online sajalah duit tu. Guru aje ikhlas, anak murid tak sudi nak balas.

Bila saya mula mengajar kali pertama ini baru saya rasakan hakikat ikhlas yang ada pada guru yang mengajar. Ini selalu disebut oleh Guru Dahlan. Bila kita terima pengeras dan yuran yang sesuai dengan zaman sekarang, kita hargai komitmen yang diberi oleh penuntut. Dari penghargaan itu kita dengan rela hati akan mencurahkan segala apa yang kita tahu supaya berbaloi dengan komitmen dan 'kontrak' yang telah dimeterai antara guru dan murid. Dapatlah duit tersebut membantu guru untuk menampung sedikit sebanyak perbelanjaan seperti yang tersebut diatas. Ikhlas saya katakan, kita wajib amalkan ilmu yang kita tahu dan kita boleh tetapkan yuran yang sesuai jika kita hendak mengajarkan ilmu itu. Wallahua'lam.

Alhamdulillah kelas pertama berjaya dengan izin Allah. Untuk sesiapa yang berminat untuk belajar Buah Pukul Gayang Lima, kelas untuk belajar telah ditukarkan kepada hari Selasa malam. Pada masa ini, yuran pendaftaran ialah RM50 dan yuran bulanan adalah juga RM50(taekwondo RM150 beb). Ini tidak termasuk bayaran untuk sesi khatam yang bakal diadakan kemudian. Bila dah mahir dan pandai nanti, gunakan kepakaran dan sijil yang bakal diterima untuk mengajar anak bangsa dimana sahaja yang ditakdirkan anda berada. Munafaatkan ilmu Allah.

Wassalam.

Sunday, June 8, 2008

Sesi Pengenalan Buah Pukul Gayang Lima

Sesi pendaftaran yang diadakan semalam lebih berbentuk demo kepada hadirin yang datang untuk mengenali dengan lebih dekat tentang Gayang Lima. Alhamdulillah, sesi tersebut berjalan dengan baik dan lancar. Lebihkurang 15 orang hadir untuk sesi tersebut dimana 5 daripada mereka adalah dari Perguruan Silat Setiabakti termasuk Guru Dahlan Karim. Terima kasih Cikgu dan terima kasih kepada semua yang hadir..

Pada malam tersebut saya memberi sedikit taklimat tentang sejarah Gayang Lima dan membuat demo lian yang akan diajarkan. Dengan bantuan Cikgu Hamidi dari Perguruan Silat Setiabakti, kami peragakan permainan buah pukul, pukul, lapis pukul, tunggal dan gelut yang memang tersirat didalam Lian.

Lian yang akan saya ajarkan kepada penuntut nanti lebih berbentuk ceranan dimana saya akan gabungkan kedudukan lian kiri dan kanan, 45 darjah dan 90 darjah. Hasrat ini telah saya sampaikan kepada Ayahanda Pak Atan dan beliau dengan hati yang terbuka mempersetujuinya.
Saya perlu menjelaskan perkara ini agar tidak timbul perbalahan atau perasaan tidak puas hati dari pengamal pengamal Lian Buah Pukul yang lain. Apa yang saya tahu dan akan sampaikan adalah apa yang telah Allah takdirkan keatas saya. Segala pergerakkan asas Lian akan tetap dipelihara.

Matlamat kami diAkademi Silat Setiabakti adalah untuk melahirkan generasi tenaga pengajar Persilatan yang akan mengembangkan ilmu ini kemana sahaja yang boleh. Martabat Silat wajib dinaikkan sejajar dengan kehebatan Silat itu sendiri. Orang kita tak tau Silat itu hebat kerana kita tak mau tunjukkan kehebatannya. Biar sijil atau tauliah yang akan kita keluarkan diAkademi ini berharga dan diiktiraf seperti 'degree' atau diploma dan lebih dari itu.

Jadi, kepada sesiapa yang berhajat untuk menuntut ilmu persilatan diakademi ini boleh menyimpan cita cita untuk diberi mandat sebagai Guru Silat dan seterusnya menjadikannya sebagai kerjaya, InsyaAllah.

Seperti yang ditetapkan, kelas silat Gayang Lima akan diadakan pada setiap Selasa malam,(ditukar dari hari Sabtu) bermula jam 9.30. Dalam pada itu, jika ada sesiapa atau kumpulan yang berminat untuk mengadakan kelas Gayang Lima ditempat lain diKL ni boleh hubungi saya.

Terima kasih dan Wassalam.

Sunday, June 1, 2008

Kelas Silat Gayang Lima diKuala Lumpur

Adalah dimaklumkan bahawa Seni Silat Gayang Lima akan mula diajar diKuala Lumpur seperti berikut :

Tarikh : 7hb Jun, 2008
Tempat : Gelanggang Setiabakti
No. 2201, Jln Permata 10, Taman Permata
Ulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur
Masa : 9 malam
Pakaian : Baju Persilatan hitam jika ada, atau Baju T hitam dan kasut sukan


Pendaftaran akan diadakan pada malam tersebut. Kelas adalah seminggu sekali namun tertakluk kepada perubahan hari jika perlu.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Abg TM di 016-2914899.

Sekian.