Video diatas adalah susun pukul dimainkan oleh Saudara nasir dan Saudara Qawi. Ini adalah 'retake' untuk persembahan mereka dalam majlis khatam 4 di rumah Ayahanda Pak Atan, Air Hitam, Johor pada 3hb Julai 2010 lepas. Dalam bertumbuk mesti ada memberi dan menerima. Kena tetap kena, teruk atau tidak, dia atau kita. Dulu, anak buah Ayahanda Pak Atan ada mengadu dia kena pukul dengan si polan. Selamba Ayahanda jawab "kau yang tak betul"...hehe.
Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi
Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi
Saturday, July 31, 2010
Monday, July 26, 2010
Buah Tunggal 1 hingga 10
Dalam buah pukul ada diam, gerak, gayang dan ruat. Yang diam kita gerakkan, yang gerak kita bunuh, yang bergayang kita turut dengan ruat. Semua itu dalam pengetahuan Guru. Siapa itu Guru. Belajar baru tahu.
Thursday, July 22, 2010
Khatam 4 - Lian 1 dengan Tekpi dan Susun Pukul
Semasa saya belajar buah pukul dengan Ayahanda Pak Atan dulu, dia pernah tunjukkan permainan tembung. Kami belajar ramai ramai tapi sekarang dah lupa pulak secara 'detail'. Ada 5 cara. Mungkin Cikgu Jamil Ariffin (saya punya batch) masih ingat. Tapi, kalau kita dah mahir Lian dan pegang tembung, memang boleh aje. Secara am, Lian yang kita belajar dalam Gayang Lima ni memang 'applicable' dan boleh digunapakai untuk semua senjata beladiri. Tengok la yang mana serasi dengan kita. Tekpi senjata rasmi Gayang Lima. Ramai orang kata ini Raja Senjata. Ramai juga yang tak setuju. Tak kisahlah tu...ek?
Dalam video diatas, Saudara Irwan bermain tekpi dalam Lian 1. Dia suruh saya tunjukkan permainan tekpi dalam Lian, saya cakap "kamu dah pandai main Lian, buatlah apa patut". Cantik pulak bila dia buat. Semalam Cikgu Sham (batch saya jugak) dari Kelab Melayu Kluang talipon. Dia kata permainan tekpi yang Saudara Irwan persembahkan kat rumah Ayahanda Pak Atan tu "hebat la...meleleh tengok". Cikgu Sham ni kaki dia pantas. Saya pun pernah jatuh dengan dia. Kalau dia kata best, best lah.
Kepada pelatih dan pelajar, jangan hadkan kemampuan diri namun Lian mesti diper'aku'i. Mana yang kena puji, ingat tu semua Allah beri, Alhamdulillah...'we're nothing'. Tingkatkan prestasi.
Video yang bawah ni pulak permainan Khatam 4 oleh Saudara Haniff dan Saudara Said. Kita rakam semula sebab masa kat Air Hitam tu tak berapa clear. 'Enjoy watching'.
Monday, July 19, 2010
Silat G5 Basic Fighting Techniques
Saya masih ingat masa tu terfikir dibenak ni, orang orang kita dan dunia kena tahu dan jangan perlekehkan Silat. Buah Pukul pulak selalunya diajar secara tertutup. Masa kita dijajah oleh British dulu permainan Silat diharamkan dan pejuang pejuang agama, bangsa dan tanahair dilabelkan sebagai penderhaka. Lalu, jadi Resam dan Budaya kita hanya tari kan sahaja Silat Melayu dan sembunyikan Buah Buah Pukulan yang tersirat didalamnya. Taklah nampak ganas. Pun begitu, orang Melayu ni tinggi adab dan adat, bila bersilat dalam majlis, amat tinggi hemahnya dan santunnya.
Perubahan zaman, masa menjadi semakin pantas (nak kiamat dah), anak anak muda generasi baru yang mewarisi silat dah tak sabar untuk belajar silat tanpa disajikan dengan buah pukulan dan 'kill' nya yang berkesan. Jenayah tak payah cakaplah, berleluasa kat mana aje. Nak bawak belati, keris, kerambit dan senjata berbahaya yang lain usahlah, gantung mandatori hukumannya. Jawapannya, kita gunakan senjata 8 yang 'ada', 'sedia' dan 'kekal' pada 'sifat' kita yang sempurna Allah jadikan ni.
Saya terfikir nak uploadkan video G5. Suspen juga, apa kata orang orang buah pukul. Pandai pandai bukak rahsia pada umum. Tengok Youtube, selambanya aje orang lain uploadkan segala rahsia beladiri. Tak kisahlah, yang penting saya mesti dapatkan restu dari Ayahanda Pak Atan. Beliau dengan senang hati berikan lampu hijau atas hajat saya itu. Kata orang putih "theres no turning back" selepas tu. Pujian dan kritikan selalu diterima dalam setiap video yang dimuatnaikkan. Mana yang bijak dan mana yang bebal kita boleh faham dari apa yang dikomen. No hal, itu asam garam internet. Niat saya juga, bagi sesiapa yang boleh ambil munafaat dari apa yang disajikan, silakanlah...semua tu Ilmu Allah.
Memang lain kalau kita berguru dan tak berguru. Kita tengok Muhammad Ali boxing dan Bruce Lee berKungfu. Mana boleh ikut macam diaorang kalau tak belajar dan berlatih.
Sekadar renungan, dalam hakikat kehidupan bila berdepan dengan situasi genting, bertumbuk tu tak lama, hanya beberapa saat aje. Wayang dan sukan, banyak suntingan dan undang undangnya. Realiti beladiri, hanya antara hidup dan mati. Jangan kita kena, biar dia. Wallahua'lam.
Sunday, July 18, 2010
Majlis Khatam Lian 4
Salam semua,
Majlis khatam lian 4 selamat di jalankan pada tanggal 3 Julai (sabtu) malam 2010.suatu majlis yang sederhana tetapi meriah. Mari kita selami retetan persediaan selama 2 minggu sebelum tarikh keramat tersebut
2 minggu sebelumnya..
Setelah dimaklumkan dan di putuskan oleh cikgu TM untuk diadakan majis khatam lian 4 di rumah Ayahnda Pak Atan, masing masing mempersiapkan diri bagi latihan intensif sebanyak 6 sessi sebelum ke Ayer Itam. Pasangan juga telah dibahagiakan bagi susun pukul dan juga tunggal 1 hingga 10.semuanya 5 pasang dan seorang pesilat wanita. Alhamdulillah semuanya serasi dan masing masing cuba mendapatkan kejituan dan kepantasan dalam setiap gerak buah pukul yang diajar.
Susunan persembahan:
Lian 1 hingga 4
Lian ceranan
Tunggal 1- 10
Susun pukul
Didalam persiapan yang dibuat, masih ada kawan- kawan yang tersekat kerana kerja. Disinilah perlunya persefahaman dan timbang rasa sesama sahabat. Kita perlu saling bantu dan saling memberi sokongan. Kerja dan amanah perlu di laksanakan, buah pukul sentiasa dalam fikiran. Sessi latihan dibuat 3 kali minggu pertama dan 3 kali juga minggu kedua. Masih banyak yang perlu dibetulkan, dan banyak juga yang perlu di hafal dan di fahami.
Minggu khatam.
Pada sessi yang ke empat dan seterusnya..masing2 sudah mendapat keserasian. Ada yang makin bagus dan ada yang semakin baik. Sengal sengal badan sudah tidak terasa sangat. Mungkin sudah lali kerana kerap kegelanggang berbuah pukul. Ini baru betul berbuah pukul! Kalau boleh hari hari ke gelanggang tetapi apakan daya, tuntutan kerja di bandaraya besar ini membataskan niat itu.
Persiapan ke Ayer Itam
Bagi kebanyakkan anak G5 gelanggang taman permata, inilah kali pertama akan dapat bersua muka dengan Ayahnda Pak Atan. Namanya sering diucap oleh cikgu TM jadi inilah masanya bertemu orangnya. Bukan saja bersua, tapi perlu mempersembahkan ilmu yang di perturunkan oleh cikgu TM bagi mendapat pengesahan dan iktiraf beliau. Kerja kerja persiapan dibahagikan agar lebih sistematik dan terurus.oleh kerana majlis akan dibuat di kawasan tanah lapang di belakang rumah Ayahnda Pak Atan, kelengkapan seperti lampu, spotlight, tikar dan juga alat rakaman perlu disediakan. Dari makanan untuk tetamu yang hadir, tempat penginapan, hinggalah ke baju t seragam utntuk semua anak gelanggang..3 kereta akan bertolak dari KL dan lengkap dengan walkie talkie bagi memudahkan komunikasi dalam perjalanan.
Perjalanan ke Ayer Itam
Majlis dijadualkan bermula selepas isyak hari sabtu itu. Jadi semua dah berkumpul di tol sungai besi bagi memulakan perjalanan. Semua ahli memberi kerjasama yang baik. Amat berdisiplin dan mudah diurus.Syabas! dengan walkie talkie di setiap kereta, perjalanan memang tidak bosan. Ada saja kerenah dan lawak dari wakil kereta masing masing.cikgu TM sudah pun berangkat lebih awal ke Kluang dan akan bertemu dengan kami di Ayer Itam.
Ayer Itam
Suatu yang dalam dugaan, malam itu hujan renyai di ayer itam. Jadi rancangan awal untuk mengadakan majlis di tanah lapang itu ditukar ke bangsal di hadapan rumah Ayahnda Pak Atan. Setibanya kami dikawasan rumah Ayanhnda, dapat kami lihat diatas sebuah bukit kecil, sebuah rumah kampung di penuhi dengan hadirin. Dengan hati hati, kami susuri anak tangga tanah yang licin menuju kerumah itu. Setiba disana, dengan debar salam diberi, dijawab ringkas dan mesra oleh hadirin yang datang. Terus kami ke dalam rumah mencari Pak Atan. Sambil duduk di katil diruang tamu, kami lihat Ayanhnda Pak Atan tenang berbual. Kami terus bersalaman dengan beliau dan memperkenalkan diri kami. Orangnya masih tegap tetapi sedikit uzur. Tutur katanya kadangkala agak kabur tapi tegas. Bicara saja tentang buah pukul, akan terpancar sinar di matanya, duduknya semakin tegak, beliau akan rancak berbual sambil tangannya bergerak gerak menzahirkan perkataannya.
Majlis khatam
Dengan bacaan doa selamat dari sahabat gayang lima, majlis khatam dimulakan dengan hadirin menjamu selera terlebih dahulu. Ini kerana kami bermula agak lewat lebih kurang 9.30 mlm. Selesai makan, kami bersiap dengan pakaian baju t rasmi dan berbengkung hitam. Majlis dibuka dengan persembahan lian 1 dan sembah gayang lima oleh cikgu TM. Bangsal terbuka itu dikelilingi oleh guru guru gayang lima yang lain seperti cikgu Yusof Bai, cikgu mazlan (mas taring) dan cikgu cikgu yang lain.ada kalangan kami yang mula gemuruh, mungkin kerana ruangan yang sempit itu memaksa kami melakukan persembahan sepasang demi sepasang. Kalau salah, memang tak boleh nak selindung. Disini saya lihat bagaimana perlunya sokongan sahabat dan kepercayaan kepada diri. Mungkin itu yang amat kita perlukan dalam hidup ini.dan ini yang kita belajar dalam buah pukul gayang lima bahkan dengan silat silat lain pun.
Kemudian 2 sahabat iaitu hanif dan said mempersembahkan sembah tari selangkah guru dari seni silat lok 9 sebagai menyerikan lagi majlis pada malam itu. Saudara wan kemudiannya mempersembahkan lian 1 tekpi. Pak Atan melihat sambil mengangggukkan kepalanya, mungkin tanda bagus. Selesai persembahan pembukaan, mulalah persembahan dari setiap pasangan.
Lian 1 hingga 4
Lian ceranan
Tunggal 1- 10
Susun pukul
Satu persatu pasangan silih berganti menunjukkan kepantasan, kejituan dan kefahaman mereka didalam seni buah pukul gayang lima ini.mungkin ada yang ”tersasul”, mungkin ada yang lupa tetapi secara keseluruhannya, persembahan kami mendapat pujian dari Ayahnda Pak Atan, Alhamdulillah. Berkat ajaran cikgu TM.
Majlis ditutup dengan Lian 1 dan majlis bersalaman dengan Ayahnda Pak Atan, cikgu TM dan para hadirin.Duduk berkumpul dihadapan Pak Atan, beliau memberi amanat, nasihat dan tunjuk ajar yang amat berkesan di hati kami. Beliau menceritakan kisah kisah beliau ketika muda, ketika mengajar di singapura dan lain lain lagi. Sambil disulam dengan lawak jenaka, nyata Ayahnda Pak Atan masih cekap berkata kata. Di usia sesenja beliau, lapis katanya amat pantas, malah lawaknya kadangkala tak terfikir dek kami.salah menyoal, pasti ada yang kena.
Peluang bertemu dengan guru guru pendokong buah pukul lain juga tidak kami lepaskan. Semuanya mesra dan tidak lokek ilmu.malah kami berpeluang melihat cikgu TM dan cikgu cikgu yang lain menganalisa beberapa gerak buah pukul untuk dikongsi bersama. Terasa kemesraan dan penerimaan oleh mereka terhadap kami yang baru ini. Jalinan silaturrahim ini kami harap berpanjangan serta terus bersemi demi kemajuan buah pukul gayang lima.
Pada ke esokkan harinya..kami ke semerah, batu pahat bagi melawat guru pak raja Ali...sebagai mengerat silaturrahim serta bersuaikenal..ini kali pertama kami berjumpa beliau..kami disambut mesra setibanya di rumah guru raja ali. orangnya ramah dan tidak lokek ilmu.banyak nasihat dan petua di kongsi bersama. selesai di semerah, kami memulakan perjalanan pulang. kembara khatam kami ini amat bermakna dan banyak sahabat, pengalaman dan cerita baru yang kami bawa pulang.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua cikgu cikgu dan sahabat buah pukul gayang lima di ayer itam, kluang dan johor umumnya kerana sudi hadir ke majlis khatam lian 4 kami ini. Kami hargai setiap ilmu dan tunjuk ajar dan semoga kita bertemu lagi. Buat Ayahnda Pak Atan, jasa dan ilmu ayahnda amat bermakna bagi kami dan kami akan menfaatkanya sebaik mungkin. Semoga Allah memberi kesejahteraan dan dipanjangkan umur Ayahnda Pak Atan. Sekian.