SILAT LIAN BUAH PUKUL GAYANG LIMA BANI JAWI
Jangan suka terkinja kinja...Apa lagi dijual dijaja...Jangan dikeji usah dipuja...Sikit cakap banyakkan kerja...

Berburu ke padang datar...Dapat rusa belang kaki...Berguru kepalang ajar...Ibarat bunga kembang tak jadi

Kalau Tuan pergi ke Tanjung...Carikan saya ketam ragi...Hidup kita jangan sombong...Suatu hari di telan bumi

Monday, July 19, 2010

Silat G5 Basic Fighting Techniques

Alhamdulillah, video pertama Gayang Lima yang saya uploadkan dalam Youtube pada 14/10/2006 dah mencapai tontonan lebih dari 100 ribu kali. Lama jugak ek kalau nak dibandingkan dengan video video lain yang seumpamanya?


Saya masih ingat masa tu terfikir dibenak ni, orang orang kita dan dunia kena tahu dan jangan perlekehkan Silat. Buah Pukul pulak selalunya diajar secara tertutup. Masa kita dijajah oleh British dulu permainan Silat diharamkan dan pejuang pejuang agama, bangsa dan tanahair dilabelkan sebagai penderhaka. Lalu, jadi Resam dan Budaya kita hanya tari kan sahaja Silat Melayu dan sembunyikan Buah Buah Pukulan yang tersirat didalamnya. Taklah nampak ganas. Pun begitu, orang Melayu ni tinggi adab dan adat, bila bersilat dalam majlis, amat tinggi hemahnya dan santunnya.

Perubahan zaman, masa menjadi semakin pantas (nak kiamat dah), anak anak muda generasi baru yang mewarisi silat dah tak sabar untuk belajar silat tanpa disajikan dengan buah pukulan dan 'kill' nya yang berkesan. Jenayah tak payah cakaplah, berleluasa kat mana aje. Nak bawak belati, keris, kerambit dan senjata berbahaya yang lain usahlah, gantung mandatori hukumannya. Jawapannya, kita gunakan senjata 8 yang 'ada', 'sedia' dan 'kekal' pada 'sifat' kita yang sempurna Allah jadikan ni.

Saya terfikir nak uploadkan video G5. Suspen juga, apa kata orang orang buah pukul. Pandai pandai bukak rahsia pada umum. Tengok Youtube, selambanya aje orang lain uploadkan segala rahsia beladiri. Tak kisahlah, yang penting saya mesti dapatkan restu dari Ayahanda Pak Atan. Beliau dengan senang hati berikan lampu hijau atas hajat saya itu. Kata orang putih "theres no turning back" selepas tu. Pujian dan kritikan selalu diterima dalam setiap video yang dimuatnaikkan. Mana yang bijak dan mana yang bebal kita boleh faham dari apa yang dikomen. No hal, itu asam garam internet. Niat saya juga, bagi sesiapa yang boleh ambil munafaat dari apa yang disajikan, silakanlah...semua tu Ilmu Allah.

Memang lain kalau kita berguru dan tak berguru. Kita tengok Muhammad Ali boxing dan Bruce Lee berKungfu. Mana boleh ikut macam diaorang kalau tak belajar dan berlatih.

Sekadar renungan, dalam hakikat kehidupan bila berdepan dengan situasi genting, bertumbuk tu tak lama, hanya beberapa saat aje. Wayang dan sukan, banyak suntingan dan undang undangnya. Realiti beladiri, hanya antara hidup dan mati. Jangan kita kena, biar dia. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment